Skip to main content

[KOREA] : TIPS KE JEJU KOREA

JEJU WINTER TRIP 7-11 JANUARY 2020 (5 HARI 4 MALAM)




PERSEDIAAN SEBELUM TRAVEL

1. PORTABLE WIFI ROAMING MAN

Internet sangat penting! Pernah pakai simkad di Seoul tapi internet limited jadi Yatt ubah pemikiran guna portable wifi Roaming Man. Korang boleh baca feedback yang positive dari pengguna di website Roaming Man. Klik je link ni nanti korang akan terus ke website nya : ROAMING MAN WEBSITE

2. CASHLESS TRAVEL INSURANCE (RM3K ABOVE CASHLESS)

Bagi Yatt kalau nak travel wajib ambil travel insurance. Mahal atau murah letak tepi sebab bila korang kena dapatkan rawatan diluar negara, cajnya tersangat lah mahal. Bawah RM3000 masih lagi korang mampu bayar tapi bagaimana kalau kos rawatan korang mencecah sehingga RM300K atau RM500K? Adakah korang mampu bayar cash? Tepuk dada tanya diri sendiri. Tak meminta perkara yang tak diingini berlaku tapi bak kata pepatah malang tidak berbau kan? Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar. Untuk travel insurance Yatt sarankan korang ambil ETIQA TRIPCARE 360 yang mana coverage dia sangat-sangat TERBAIK berbanding travel insurance lain. Yatt dah hadapi masalah berkaitan bagasi di Jeju, rosak teruk semasa ambil di airport Jeju. Dan Alhamdulillah dengan membayar travel insurance lebih kurang RM50 trip selama 5 hari 4 malam, Yatt dapat claim sebanyak RM700 bagi kerosakan bagasi tu.

Korang boleh baca Cara Yatt buat tuntutan bagasi rosak tu kat link ni :


Kalau korang nak Yatt bantu belikan travel insurance pun no problem. Just whatsapp Yatt kat no ni ye : +60195111864


3. PAKAIAN (THERMAL, KNIT WEAR, FLEECE, WINTER JACKET/COAT, SOCKS, EARMUFF, TOPI, MUFFLER, GLOVES)

Winter Attire perlu pakai yang sesuai dengan cuaca. Korang boleh tengok forecast dulu sebelum travel. Macam trip Yatt ke Jeju kalini adalah musim sejuk jadi pelbagai pakaian yang Yatt prepare. Antaranya, thermal, knit wear, thick socks, winter jacket/coat dan gloves.

Thermal Yatt beli di Uniqlo dan Sport Direct. Kat Uniqlo kalau korang nak cari, cari Heattech memang terbaik. Ianya buatkan korang rasa warm je bila ada activiti outdoor.

Thermal dari Sport Direct pun bagus. Korang beli satu suit ya sekali legging. Untuk seluar korang pakai dua lapis sahaja, first thermal legging kemudian korang sarung jeans.

Baju pulak sebaiknya tiga atau empat lapis, first korang pakai baju thermal, kemudian knit wear/t shirt/fleece dan lapis terakhir korang boleh sarung winter jacket/coat. Ni sesuai bila aktiviti outdoor. Untuk indoor korang just buang je winter jacket tu, sebab indoor ni kebanyakan tempat dah pasang warmer jadi korang tak sejuk sangat. Ok la kalau korang nak buang winter jacket sebab korang masih ada knit wear kat dalam kan. kalau thermal saja macam pelik pulak. Seksi tu haha

Untuk Winter jacket/coat tak kisah la korang nak beli brand apa pun. Macam Yatt beli di Shoppee saja, dia punya warm tu best tak yah cakap. Memang betul-betul cover sejuk. Maybe sebab Yatt pakai heattech dari Uniqlo jugak, dia dah warm dari dalam.

Korang nak beli Winter Jacket/coat Universal Traveller, Uniqlo atau bundle sekalipun make sure beli yang tahan sehingga suhu negative, waterproof dan wind proof.

Gloves pula korang belilah yang friendly mobile phone tu so korang tak dalah nak kena cabut pula bila nak guna phone kan.

Earmuff ni depends lah pada korang. Kalau dah beli beanies atau topi rasanya ear muff korang tak perlu pakai pun takpe. Tapi kalau tak rasa sejuk tapi teringin dan nak acah-acah comel boleh je pakai. haha

Muffler pula bagi Yatt sangat diperlukan bila angin terlalu kuat. Semasa kami hiking kat Seongsan Ichulbong Peak, Masya Allah angin sejuk ditambah pulak kuatnya tu menusuk ke dalam hidung so apa yang Yatt buat, Yatt cover je dengan Muffler. Boleh cover angin sejuk dari terkena leher dan menusuk hidung korang.

4. BOOT & CRAMPON

Kasut pun memainkan peranan penting! Kalau kasut tak sesuai masa korang jalan atas snow, maunya tergolek 360 dan kemungkinan besar akan dapat kecederaan yang serius. Boot/hiking boot adalah kasut yang sesuai untuk winter season, tapi boot sahaja tak memadai juga, korang kena pakai sekali spikes/crampon jika nak berjalan atas snow. Kalau tempat yang korang pergi tu tak ada snow, tak perlu lah pakai. Bawa dan pakai semasa perlu sahaja. Macam Yatt trip ke Jeju ni, snow hanya di 1100 Wetland dan Eorimok Trail Hallasan Mountain jadi Yatt pakai semasa di dua tempat tu sahaja. Spikes/Crampon ni korang boleh juga beli di Shoppee tapi pastikan ukuran tu betul, tak kecil sangat dan tak besar sangat. Ngam-ngam dengan boot korang pakai tu barulah tak terlucut bila berjalan.

5. MOSTURIZER

Cuaca sejuk dan kering di Jeju,sebab tu korang mudah rasa dahaga, lapar dan kulit pula mula kering dan rasa gatal-gatal. Untuk elakkan korang dari rasa dahaga dan lapar tu korang boleh teguk air banyak ya supaya korang tak dehydrate. Untuk penjagaan kulit pula korang pakailah pelembap, macam Yatt memang standby Rosken dan vaseline. Setiap kali nak keluar je lumur satu badan dengan pelembap dan sunscreen, kat muka dan keseluruhan badan.

6. UBAT-UBATAN & VAKSIN

Sebelum travel, korang boleh ambil vaksin Influenza di hospital swasta. Sebaiknya ambil lah sebulan sebelum trip sebab kalau korang ambil seminggu sebelum trip, takut nanti dapat kesan sampingan ka semasa trip. Tak pasal trip korang jadi tak best sebab tetiba demam kat sanakan. Korang boleh survey di hospital swasta, range harga vaksin tu lebih kurang RM60-RM300 bergantung kepada stock di hospital.

Ubatan pula korang boleh standby seperti panadol actifast, pil check kit tek aun, plaster, hand bandage(optional), minyak gamat, yoko yoko (penting ni kalau korang banyak hiking dan berjalan haha), minyak cap kapak dll yang korang rasa perlu.

7. MAKANAN DAN MINUMAN

Macam Yatt memang dah plan nak cuba makanan halal di Jeju jadi awal-awal dah survey restoran halal di Jeju. Korang boleh google je. Nanti Yatt share lah beberapa restoran yang kami pergi semasa berada di Jeju.

Makanan dan minuman dari Malaysia tetap Yatt bawa seperti maggi, biskut, coklat, jajan, gula-gula mint. Jajan-jajan ni buat makan dalam kereta nanti haha. Memang habis stock yang yatt bawa kami share makan dalam kereta sementara nak cari restoran halal untuk lunch.

8. DUIT

Ni rasanya tak perlu diingatkan korang mesti tau sendiri kan. Jeju menggunakan matawang Korean Won so bila korang nak membeli tu anggap saja 1000 won tu RM1 yang korang belanjakan kat sana. Sebaiknya tukar siap-siap di Malaysia, korang boleh sediakan cash, bigpay card (Yatt tak guna sebab ada baca kes yang banyak kena deduct ke akaun scammer) dan korang juga boleh aktifkan siap-siap kad debit Bank untuk pengeluaran luar negara. Cara nak aktifkan tu korang boleh baca kat link ni :

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA


Ok kalini Yatt belanja detail itinerary di Jeju selama 5 hari 4 malam kat sana. Korang bolehlah follow jika rasa sesuai dengan trip korang.



ITINERARY JEJU WINTER TRIP 7-11 JANUARY 2020 (5 HARI 4 MALAM)


7 January 2020

-3 am sampai KLIA2, suami hantar. Jumpa dengan group di Mcd KLIA2
-4 am check in baggage, pick up Roaming Man
-8 am fly to Jeju
-3 pm sampai Airport Jeju
-3.30 pm ambil kereta sewa (sewa Kurando Turismo 11 seater dengan KERETA SEWA JEJU)
-Kereta penuh dengan bag so kami nak public transport(bus) ke Hotel (Jungmoon City Hotel)
-Dinner kat Halal Seafood Restaurant sebelah Mihyang
-Check in Hotel dan rest

8 January 2020

-7 am drive to Seongsan Ichulbong Peak
-9 am hiking Seongsan
-12 pm lunch area Seongsan
-ke Jeju Folk Village (tempat pengambaran cerita Jewel In The Palace -Jang Geum)
-drive ke Dongmun Market/Jungang Underground-Shopping
-Hotel







9 January 2020

-7 am ke 1100 Wetland
-9 am ke Eorimok Trail Hallasan Mountain
-12 pm lunch kat Chunsimine
-2pm ke Osulloc Tea Museum & Innisfree Jeju House
-5 pm balik hotel Jama'
-6 pm ke Monsant (G Dragon Cafe)







10 January 2020

Hari keempat ni kebanyakan tempat 2-5 minit je dari hotel kami stay
-7 am Cheonjyeon Waterfall
-9 am Jusangjeolli Cliff
-Lunch kat area hotel kami
-Hello Kitty Cafe
-5 pm sampai Woljeongri Beach







11 january 2020

-7 am check out hotel
-8 am sampai airport Jeju
- Shopping di Dongmun & Jungang
-10 am return back car rental
-2 pm check baggage
-4 pm fly to Malaysia
-11 pm sampai Malaysia, return back Roaming Man



:snowman:



:sn



:snowman:




:snowman: MOISTURISER / LOTION :sno:snowman: BEKAL MAKANAN :sn





Comments

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi

Parking Rate NU SENTRAL VS KL SENTRAL

Bagi memudahkan tetamu Yatt yang menaiki kenderaan ke KL Sentral (Tempat Pendaftaran atau tempat berkumpul bagi peserta trip Hatyai, Krabi, Cameron dan Singapore Bahtera Kembara Holidays). Berikut merupakan kiraan kadar 'parking' di NU Sentral atau Kl Sentral ye. CALCULATION NU SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM5  Sat 12am-12am :  RM5  Sun 12am-12am :  RM5  Mon 6am-6pm : RM24 6pm - 10pm : RM5  Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM10-15 Total HATYAI = RM44-50 CALCULATION KL SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM4  Sat 12am-12am :  RM4  Sun 12am-12am :  RM4  Mon 6am-6pm : RM48 6pm - 10pm : RM4 Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM12-16 Total HATYAI = RM64-70 Note : But if Monday is Public Holiday the rate will become cheaper due to Flat Rate for Public Holiday 

KELEBIHAN AKAUN SSPN I PLUS UNTUK ANAK-ANAK

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan dengan pembukaan akaun SSPN I PLUS.  Yatt mula menyimpan di SSPN I Plus sejak tahun 2017, kerana sebelum ini duit anak-anak yang dapat masa raya dan juga akikah dimasukkan dalam Tabung Haji. Apabila kerajaan mula rancak memberikan pendedahan berkenaan SSPN, Yatt mula membuat sedikit research tentang SSPN. Banyak buat research dalam google ja, bila type saja SSPN i Plus banyak info-info yang dikongsikan daripada akhbar online, laman web sspn sendiri dan perkongsian daripada ibu bapa yang telah menabung untuk anak-anak di SSPN. Sebenarnya terdapat banyak pakej dalam akaun SSPN ni, antaranya pakej INTAN, DELIMA, TOPAZ, ZAMRUD, NILAM dan BERLIAN. Untuk permulaan, Yatt hanya ambil pakej Delima untuk kedua anak lelaki Yatt iaitu RM50 sahaja sebulan untuk seorang anak. Jadi Yatt hanya perlu menyimpan RM100 untuk kedua-dua anak. Manf