Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PULAU PERHENTIAN

TIPS KE PULAU PERHENTIAN

1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu. Lagi satu airport Kuala Terengganu tiada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni. 2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang. 3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berd...