Sudah bertahun tertanya-tanya kenapa akaun Tabung Haji tidak mempunyai kemudahan semakan secara online. Rasa pelik kerana Malaysia begitu maju dalam industri IT dan TH mempunyai berjuta pendeposit yang pasti sangat mengharap fasiliti yang canggih. Alhamdulillah pada tahun 2020 fasiliti semakan akaun Tabung Haji secara online sudah menjadi kenyataan. Kalian boleh mendaftar di website http://thijari.com.my Cantik juga websitenya. Cara Untuk Mendaftar 1. Pilih button “daftar” 2. Masukan no mykad dan no akaun TH 3. Masukan no telefon yang sudah berdaftar dengan TH. Kalau belum kenalah daftar di kaunter TH terdekat. 4. Kepada no hp yang sudah terdaftar boleh request TAC. 5. Apabila sudah terima TAC melalui sms, masukan dalam kotak yang disediakan 6. Buatkan nama ID Contoh Denaihati251 7. Buatkan pasword yang mesti ada gabungan Huruf Besar, Huruf Kecik, Angka dan Simbol contoh 12345Hs@ 8. Pilih salah satu gambar antara 5 yang di beri 9. Pendaftaran selesai 10. Untuk Log In ...