Skip to main content

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA. 


Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara.

Jom Yatt share kan CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA buat-buat baca je lah entri ini ye !





1. Log in www.cimbclicks.com.my dan terus ke bahagian SETTINGS . 
Dan, klik Icon Services


2. Pilih Overseas Spending & Withdrawal



3. Kemudian, tekan link no debit card. 



4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Change Status To. 



5. Pilih temporary status untuk pengaktifan kad. 


6. Pilih tarikh temporary pengaktifan kad. Tarikh yang di pilih tu je, yang boleh pakai nanti. 



7. Dah confirm tarikh, CIMB akan meminta korang masukkan TAC no. TAC number macam biasalah kan, akan dapat di telefon bimbit masing-masing.

Dah dapat kod TAC, terus isikan TAC no kat ruangan kosong dan klik CONFIRM



8. okay...Siap AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA
Senang je kan step untuk aktifkan kad debit CIMB bila nak pi overseas ni. Nak tukar balik tarikh pun tak dak hal.


Buat je step macam kat atas tu.


Share jika bermanfaat untuk orang lain juga. 

Terima kasih sudi baca. 








Comments

  1. Knp xde pilihan services kat cimbclicks saya?

    ReplyDelete
  2. Kena guna desktop version kt fon

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak,mmg membantu sgt info ni..

    ReplyDelete
  4. Kalau sudah di luar negara masih boleh aktifkan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..tpi TAC cmna nk nk msuk kalau fon number malaysia

      Delete
    2. Boleh cuba Roaming data fon tapi akak cadangkan buat siap-siap di Malaysia.

      Delete
  5. Kalau xde cimbclicks macam mana ye?

    ReplyDelete
  6. Klu tidk ada cimb boleh guna Alliance bank boleh tak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi

Parking Rate NU SENTRAL VS KL SENTRAL

Bagi memudahkan tetamu Yatt yang menaiki kenderaan ke KL Sentral (Tempat Pendaftaran atau tempat berkumpul bagi peserta trip Hatyai, Krabi, Cameron dan Singapore Bahtera Kembara Holidays). Berikut merupakan kiraan kadar 'parking' di NU Sentral atau Kl Sentral ye. CALCULATION NU SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM5  Sat 12am-12am :  RM5  Sun 12am-12am :  RM5  Mon 6am-6pm : RM24 6pm - 10pm : RM5  Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM10-15 Total HATYAI = RM44-50 CALCULATION KL SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM4  Sat 12am-12am :  RM4  Sun 12am-12am :  RM4  Mon 6am-6pm : RM48 6pm - 10pm : RM4 Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM12-16 Total HATYAI = RM64-70 Note : But if Monday is Public Holiday the rate will become cheaper due to Flat Rate for Public Holiday 

KELEBIHAN AKAUN SSPN I PLUS UNTUK ANAK-ANAK

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan dengan pembukaan akaun SSPN I PLUS.  Yatt mula menyimpan di SSPN I Plus sejak tahun 2017, kerana sebelum ini duit anak-anak yang dapat masa raya dan juga akikah dimasukkan dalam Tabung Haji. Apabila kerajaan mula rancak memberikan pendedahan berkenaan SSPN, Yatt mula membuat sedikit research tentang SSPN. Banyak buat research dalam google ja, bila type saja SSPN i Plus banyak info-info yang dikongsikan daripada akhbar online, laman web sspn sendiri dan perkongsian daripada ibu bapa yang telah menabung untuk anak-anak di SSPN. Sebenarnya terdapat banyak pakej dalam akaun SSPN ni, antaranya pakej INTAN, DELIMA, TOPAZ, ZAMRUD, NILAM dan BERLIAN. Untuk permulaan, Yatt hanya ambil pakej Delima untuk kedua anak lelaki Yatt iaitu RM50 sahaja sebulan untuk seorang anak. Jadi Yatt hanya perlu menyimpan RM100 untuk kedua-dua anak. Manf