Jika anda ada rancangan nak bercuti dengan kawan-kawan atau bawa keluarga bercuti ke pulau Jeju tahun 2020 nanti, cara terbaik untuk menikmati pulau ini ialah dengan sewa kereta. Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda. 1. Sebaiknya, anda buat booking waktu di Malaysia. Saya cadangkan guna website rentalcars.com , website ini akan senaraikan beberapa company yang ada dan sesuai dengan kereta yang anda pilih. ( rentarcars ni macam search engine, sama macam skyscanner dan booking.com ) 2. Sebaik tiba bahagian ketibaan di lapangan terjang Jeju, keluar dari pintu ketibaan antarabangsa, terus ke gate nombor 5. Selepas keluar dari gate, anda perlu lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki ke sebelah kanan. Anda akan nampak satu bangunan yang ada banyak bas parking di depannya. 3. Tapi ni sebenarnya bukan ofis sewa kereta. Di sini, anda perlu naik shuttle bas untuk ke ofis kereta sewa ( jika tak pasti, tunjukkan voucher tempa...