Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MALAYSIA

SEMAKAN TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Sudah bertahun tertanya-tanya kenapa akaun Tabung Haji tidak mempunyai kemudahan semakan secara online. Rasa pelik kerana Malaysia begitu maju dalam industri IT dan TH mempunyai berjuta pendeposit yang pasti sangat mengharap fasiliti yang canggih. Alhamdulillah pada tahun 2020 fasiliti semakan akaun Tabung Haji secara online sudah menjadi kenyataan. Kalian boleh mendaftar di website http://thijari.com.my Cantik juga websitenya. Cara Untuk Mendaftar 1. Pilih button “daftar” 2. Masukan no mykad dan no akaun TH 3. Masukan no telefon yang sudah berdaftar dengan TH. Kalau belum kenalah daftar di kaunter TH terdekat. 4. Kepada no hp yang sudah terdaftar boleh request TAC. 5. Apabila sudah terima TAC melalui sms, masukan dalam kotak yang disediakan 6. Buatkan nama ID Contoh Denaihati251 7. Buatkan pasword yang mesti ada gabungan Huruf Besar, Huruf Kecik, Angka dan Simbol contoh 12345Hs@ 8. Pilih salah satu gambar antara 5 yang di beri 9. Pendaftaran selesai 10. Untuk Log In ...

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2021

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2021  🎓 Malaysia sudah memasuki alaf 2020  ❤️ Pendaftaran prasekolah BUKAN, BUKAN dan BUKAN pada akhir tahun 2020 atau akhir tahun baru ibu  bapa nak cari prasekolah yg dekat dengan rumah. Murid Lahir 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2017 sahaja layak memohon!!! 👩🏻‍🏫  2 cara untuk masuk ke prasekolah KPM: 1. Secara online  💻  TAHNIAH!!!! Anda memudahkan kerja guru prasekolah... -  https://eprasekolah.moe.gov.my/ Ibu bapa jangan risau. Ada manual pengguna di situ - sistem dibuka 1 Mac 2020 - 30 April 2020 - cetak borang yg telah di isi dan perlu dihantar bersama dokumen yg diminta ke prasekolah yg ibu bapa mahu selewat-lewatnya 31 Mei 2020. - Semakan online: 5 Ogos 2020 2. Secara manual  📝 -ambil borang dari prasekolah yg ibu bapa mahu mulai 1 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020 -hantar bersama dokumen yg diminta ke prasekolah yg dipilih selewat-lewatnya 31 Mei 2020 📂  Dokumen yg diperlukan...

JEJU - MENGGUNAKAN MATA WANG KOREA WON ₩

Kalau korang berhajat untuk bercuti ke sesuatu destinasi, pastinya perlu mengetahui pertukaran mata wang negara tersebut. Betulkan? Begitu juga jika korang nak bercuti atau mempunyai urusan kerja di Jeju, Korea Selatan , mestilah tahu bahawa di Jeju mereka menggunakan mata wang Korea Won ₩. Di bawah merupakan sample duit syiling dan juga wang kertas yang digunakan disana.      Duit Syiling    Wang Kertas Manakala dibawah ini pula adalah kadar pertukaran wang sejak Oktober, 2019 1 MYR (RM) 279.65 KRW 100 IDR (Rp) 8.31 KRW 1 USD ($) 1,168.60 KRW 1 CNY (¥) 165.90 KRW 1 TWD (NT$) 38.34 KRW 100 JPY (¥) 1,080.02 KRW 1 SGD (S$) 858.49 KRW Sekiranya korang out of cash kat sana dan ingin menukat dari duit mata wang negara sendiri ke Korea Won, berikut adalah tempat pertukaran wang yang korang boleh pergi di Jeju PERTUKARAN WANG  Waktu Pertukaran Asing 9 am~4:30 pm Grand Exch...

TRAVEL INSURANCE ETIQA TAKAFUL TRIPCARE 360 TERBAIK

Saya first time beli travel insurance. Memikirkan kos perubatan jika berlaku sesuatu di luar negara memang sangat mahal. Kisahnya kami ke Jeju & Seoul dari 9-15/9/19.Bila baca komen ada yang pesan suruh beli insuran tapi tarikh coverage tu lebihkan sehari dua incase ada flight delay etc. Saya ambik pakej gold dengan Etiqa 360 untuk travel ke negara asia pada 9-16 sept.Total harga untuk personal adalah sebanyak rm48.70 selepas tolak diskaun ( beli online ). ‎اَلْحَمْدُلِلّهِ perjalanan kami smooth takde masalah sampai balik  🇲🇾 .Dalam hati niat takpelah aku beli insuran ni jika takde musibah apa pun kira kita mencarum untuk bantu traveller lain jugak. Kami tiba Klia2 pukul 10 mlm 15/9 transit skjp tunggu flight balik KB esok pagi 16/9. Bila ambik lugej kat airport KB baru sedar ada kecederaan pada beg kita.Padlock hilang & beg pecah sedikit di bahagian tepi. Peringatan kepada kawan2 ..jika mengalami masalah begini sila terus ke kaunter ai...

Proses mudah untuk claim 'Tax Refund' di Jeju International Airport

Proses mudah untuk claim 'Tax Refund' di Jeju International Airport, Jeju Island Intro: Jika anda beli barang di butik yang ada logo tax refund atau free duty s hop, anda boleh claim tax refund itu di airport. Ketika buat bayaran, minta mereka reciept tax refund. Langkah mudah untuk claim tax refund. 1. Sediakan passport, flight ticket dan reciept pembelian. (perlu check in dahulu untuk dapatkan flight ticket. Flight ticket yang di print dari internet tidak diterima) 2. Pergi ke mesin tax refund berwarna oren yang terletak di depan check in kaunter yang terletak di level 3 international departure, Jeju Airport. (rujuk gambar ke 2) Ada staff yang bantu, jangan risau jika tidak tahu gunakan mesin itu. 3. Selepas immigration, bawa reciept yang telah di cop (semasa di step 2), bawa ke kaunter tax refund di hadapan gate 16. (rujuk gambar ke 4) 4. Anda akan dapat refund anda dalam matawang dolar. 5. Tertib. # taxrefund   # jejui...

HIKING BUKIT CHANGKAT ASA

BUKIT CHANGKAT ASA, SELANGOR 25 OGOS 2019 9.00 PAGI First time Yatt hiking selepas berumur 32 tahun. Bermula jam 9 pagi di kaki bukit , kemudian perlahan-lahan daki keatas. Alhamdulillah dibantu oleh Kak Myrose dan Din Proton. Kami sampai puncak Bukit Changkat Asa lebih kurang 1 jam setengah.  Pada permulaan tu, Yatt dah rasa nak putus asa sebab rasa dah 'pewai' (pewai ni kak myrose kata bahasa org hiking maksudnya nak collapse haha).  Tapi Kak My dan Din kata takpe kita rest dulu kemudian sambung naik. Syukur lepas rest tu dah ok dan selepas tu kami sambung semula naik. Semasa hiking tu Ya Allah cantik sangat view pokok-pokok merah, dedaunan merah ala-ala autumn pulak.  Lebih kurang Jam 10.30 pagi barula kami sampai puncak. Kalau yang biasa hiking mungkin setengah jam je naik ke puncak. Bagi Yatt yang first time ni ambil masa punya lama. haha.. Pengalamankan.. Sejam juga kami stay kat atas puncak. Teman Din pasang bendera Malaysi...

CARA UNTUK BAWA KERETA MASUK KE PULAU LANGKAWI

1) Untuk bawa masuk kenderaan ke Langkawi mesti melalui Jeti Kuala Perlis. Terdapat 2 buah syarikat yang mengend alikan perkhidmatan ini di situ iaitu Langkawi Feri My Roro dan Langkawi Auto Express Sdn Bhd . Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut. Berikut adalah rujukan waktu semasa perjalanan saya & anda boleh semak harga dan jadual feri terkini ; Langkawi Feri My Roro 01.00 pm » Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong 10.00 am » DermagaTanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis Langkawi Auto Express Sdn Bhd 11.00 am » Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong 04.30 pm » Dermaga Tanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis 2) Tempahan perlu dibuat melalui online bagi mengelakkan tempat penuh. Dokumen yang diperlukan semasa membuat tempahan ialah: *Salinan geran kereta *Salinan IC pemandu/pemilik kereta *Bilangan penumpang (termasuk pemandu) 3) Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal se...

CAJ LEVI PELEPASAN MULAI 1 SEPTEMBER

Dalam pembentangan Bajet 2019, kerajaan bercadang mahu mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain mulai 1 Jun 2019. April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019 yang kemudiannya diputuskan kabinet untuk mula melaksanakannya pada  1 September 2019 . Levi pelepasan ini merupakan tambahan kepada caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan di lapangan terbang. Pelancong yang menuju destinasi  Asean  dengan menggunakan  kelas ekonomi perlu membayar RM8  manakala  RM50 akan dikenakan kepada penumpang kelas perniagaan dan pertama . Manakala mereka yang menuju ke destinasi  bukan Asean  pula akan dikenakan  RM20 untuk kelas ekonomi  dan  RM150 untuk kelas pertama dan perniagaan . Cukai levi yang dilaksanakan ini dikatakan bertujuan untuk menggalakkan pembangunan pelancongan domestik. Sumber:  F...

PLANE IN THE CITY AND SKYLAND BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR MENJANJIKAN PENGALAMAN HEBAT MAKAN DI DALAM PESAWAT DAN DI ATAS AWAN

Pernah kan kita makan di dalam kapal terbang sebelum sampai ke destinasi? Yatt percaya ramai yang tidak puas makan semasa dalam penerbangan kerana tempat yang sempit dan menu yang disediakan kadang-kadang tidak seperti digambarkan pada menu yang ditempah dan menjadikan pengalaman makan di atas awan tidak begitu seronok. Korang nak tak menikmati hidangan segar dari dapur chef terkemuka dan pada masa sama berpeluang melihat ruang kokpit secara langsung? Syarikat TwoSpicy Entertainment telah memberikan peluang kepada syarikat perlancongan Bahtera Kembara Holidays dan beberapa syarikat pelacongan lain untuk mencuba dua pengalaman serentak. PLANE IN THE CITY DAN DINNER IN THE SKY. Yatt yang diberikan peluang oleh CEO Bahtera Kembara Holidays juga telah merasai sendiri pengalaman tersebut. Plane In The City Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur memberikan pengalaman yang menarik dan berbeza semasa menjamu selera. Yalah, makan dalam kokpit korang, mana tak...