Skip to main content

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC


MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC
Mudah cerita, MySalam tu camni;
1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit.
2. Kena penyakit kritikal dapat duit.
Ada dua golongan layak dapat;
Golongan 1: Yang dapat BSH.
Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan).
* Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan.
Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover.
Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN.
Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020.
MANFAAT YANG DAPAT:
MySalam ni skim takaful yang sedia dua manfaat.
Manfaat 1 : Hospitalisasi
Dua-dua golongan ni layak dapat RM50 sehari kalau masuk wad Hospital Kerajaan. Termasuk juga Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera. Hospital swasta tak boleh. Maksimum setahun 14 hari.
Maksimum 14 hari ni reset tiap tahun. Maknanya,
2019 layak 14 hari
2020 layak 14 hari
2021 layak 14 hari
2022 layak 14 hari
2023 layak 14 hari
Cuma yang Tahun 2019 hanya Golongan 1 saja layak dapat. Golongan 2 tak layak sebab Tahun 2020 baru mula untuk depa.
Masuk wad pulak boleh atas sebarang sebab kecuali 3 sebab ja tak cover iaitu atas faktor bersalin, mencederakan diri sendiri dan kelakuan yang langgar undang-undang. Ini saja tak cover. Lain-lain sebab macam demam panas, eksiden atau apa-apa saja yang doktor suruh masuk wad, MySalam cover.
Manfaat 2 : Penyakit Kritikal
Golongan 1 kalau kena salah satu dari 45 jenis penyakit kritikal, dapat bantuan one-off RM8,000.
Golongan 2 kalau kena, dapat RM4,000.
One-off maknanya bayar sekali saja. Kalau kena penyakit kritikal kedua, MySalam tak bayar dah. Dan manfaat ni tak reset tiap Tahun macam Manfaat 1.
Senarai penyakit kritikal boleh tengok dalam website MySalam.
CARA NAK DAFTAR:
Golongan 1 tak yah daftar. Data dah sedia ada dalam sistem. Hanya perlu log-in dalam website MySalam untuk download borang hospitalisasi atau penyakit kritikal.
Kalau tak masuk hospital atau kena penyakit kritikal tak yah la download. Tapi sekurangnya log-in la supaya sistem ada rekod kita pernah masuk dalam tu.
Golongan 2 kena daftar. Tarikh tutup 31 Mac 2020.
Kalau tak daftar sekarang, nanti kalau masuk wad atau kena penyakit kritikal (nauzubillah), tak boleh nak mohon manfaat ni.
Habih tu tunggu apa lagi? Daftar la lekaih.
Maklumat yang depa mintak pun bukan susah nak dapat. Mudah sangat. Rujuk gambar.
Lepas depa check dan kita layak, 15 April nanti depa akan hantar sms makluman.
CARA NAK CLAIM:
Lepas download borang hospitalisasi atau penyakit kritikal, isi borang tu dan dapatkan pengesahan yang diperlukan.
Bila dah siap, hantar borang tu balik melalui laman web MySalam jugak. Tak perlu hantar hard copy. Semua secara online.
Bab ni la yang kritikal bagi mereka yang tak tahu guna komputer atau takda capaian Internet. Anak-anak khususnya kena la tolong mak ayah dalam bab ni.
MAKLUMAT LANJUT:
Boleh dapat dalam website,
atau call 1-300-888-938
Kat Hospital-Hospital Utama Kerajaan di setiap Negeri dah ada Kiosk MySalam dan ada 2 orang staff yang bertugas di sana. Depa dah diarah by Jun 2020 ni, semua hospital di Malaysia kena ada kiosk ni.
Harap nanti kiosk ni dapat la bantu orang-orang kampung yang duduk dalam kawasan pendalaman.
NOTA:
Saya bukan jurucakap MySalam.
Sekadar kongsi maklumat dari pemahaman peribadi sepanjang laksanakan Sesi Penerangan bersama pihak MySalam kepada kelompok sasaran dan pimpinan masyarakat.
2 bilion disediakan untuk 5 tahun. Tapi setakat ni, kadar tuntutan masih rendah. Kesian kat rakyat kita yang layak tapi tak mohon. Lagi kesian kalau tak mohon sebab tak tau langsung.
Mohon sahabat bantu sebarkan supaya lebih ramai yang layak tak kira latar belakang agama, bangsa dan pegangan politik tau tentang benda ni. Penyakit nak mai dia tak kira sapa oi.
Moga bermanfaat.
Wassalam.
MOHD ZAIRI SAID













Comments

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi...

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...