Wabak baharu pneumonia novel coronavirus kian menular dengan mengorbankan 25 orang setakat ini di China dan menjangkiti lebih 830 orang termasuk beberapa negara di Korea Selatan, Jepun, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Macau, Amerika Syarikat, Singapura dan Vietnam. Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan wabak novel coronavirus yang bermula di Wuhan. Setakat ini, 3 orang telah disahkan positif dijangkiti novel coronavirus di negara jiran, Singapura. Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan daripada dijangkiti, apa yang anda perlu tahu tentang wabak novel coronavirus ? 1. Mengenali simptom jangkitan novel coronavirus . Demam panas Batuk Sesak nafas Hidung berair Kesakitan otot Bagi mereka yang berada di kawasan yang telah terjejas...