Skip to main content

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700.

FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty.

Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover :

Gold:
RM 34.90
Sum insured up to
RM300,000
  • Accidental death & permanent disability benefits
  • Baggage loss or delay compensation
  • Medical coverage up to RM300,000
  • 24-hour travel and medical assistance
  • Terrorism coverage
  • Up to RM20,000 for trip cancellations
  • Up to RM1,000 for loss of travel documents
  • Up to RM5,000 for compassionate care
  • Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays)


Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebih lagi iaitu lebih kurang RM900 untuk kerosakan bagasi. Cuma Yatt tak galakkan korang ambil Plan Silver sebab ada beberapa tuntutan yang tak dicover antaranya kehilangan travel document dan trip cancellations. Jadi, lebih baik korang ambil plan Gold atau Platinum. Both sangat ok dan sum insured pun tinggi dari RM300k ke RM500k.


Ok berbalik pada cara korang boleh buat sekiranya nak tuntut gantirugi bagasi rosak. Ada dua cara korang boleh cuba iaitu claim melalui Whatsapp atau email tapi Yatt buat kedua-duanya. Cuma yatt rasa paling effective adalah korang claim melalui email.


Yatt kongsi dulu cara korang claim melalui whatsapp.



CARA BUAT TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI WHATSAPP ETIQA


1. Whatsapp ke link ini www.eti.qa/whatsapp (+0327804777)

2. Kemudian follow je step yang Auto Message tu bagi melalui whatsapp sehingga korang selesai attah gambar bagasi rosak dan Property Irregularity Report (PIR) dari Airlines yang korang naik.

Korang boleh tengok flow Auto Message seperti gambar kat bawah:




















PROPERTY IRREGULARITY REPORT (PIR) DAPAT DARI AIR ASIA SEMASA DI JEJU

Report ni Yatt dapat daripada Pihak Air Asia Jeju. Semasa keluar je dari Imi terus dapat Report ni then dia minta isikan. 





Luggage kesayangan warna favourite pulak tu dah SELAMATTT pergi.. Tinggal jejak kat Jeju je la dia ;p



Ok selesai part buat tuntutan melalui whatsapp. Sekarang yatt share pulak dengan korang cara claim melalui emel. 

Cara ni paling Effective bagi Yatt.




CARA BUAT TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI EMEL ETIQA


1. Boleh emel maklumat berikut ke emel Etiqa iaitu travelclaimscare@etiqa.com.my

No. Polisi :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh Kejadian :
Bank Dan No. Akaun :
No. Telefon :

2. Lampirkan gambar bagasi rosak dan Property Irregularity Report (PIR) dari Airlines yang korang naik.

3. Selepas dah emel maklumat yang diperlukan tu korang akan dapat auto Email dari Etiqa contoh seperti gambar dibawah:


Selesai! 


Ok dah selesai buat claim tu korang cubalah follow up dengan pihak Etiqa berkenaan selepas 3 hari bekerja atau seminggu selepas buat tuntutan. 

Korang boleh call di talian


Claims Careline : 1-300-88-1007

Perunding Jualan Etiqa Oneline : 1-300-139-139

Khidmat Pelanggan Etiqa Oneline : 1-300-13-8888



Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) tidak termasuk Cuti Umum.






FYI, tuntutan bagasi melalui whatsapp tu Yatt buat pada 8 Januari 2020 (semasa di Jeju) dan tuntutan melalui emel pula pada 14 Januari 2020 (dah balik Malaysia) . Tarikh yang berbeza.. Selepas buat tuntutan di whatsapp tu Yatt ada call pihak Etiqa mengenai claim dan dorang kata masih belum ada dalam system dan selepas Yatt emel barulah tuntutan tu dalam proses. Sebab tu Yatt lebih prefer korang buat tuntutan melalui emel.




Alhamdulillah akhirnya selesai juga dan gantirugi luggage rosak tu pun dah dikreditkan ke akaun Yatt pagi tadi.. kemain happy nau sebab harga luggage tu bawah seratus je kot (tak ingat pulak, rasanya lah) tapi dapat claim RM700. Amount ni boleh beli banyak luggage dan kalau nak beli tiket flight untuk next trip pun cukup ni kena tambah sikit je lagi.. bolehlah repeat trip ke Jeju lagi :p




Comments

Popular posts from this blog

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...