1) Untuk bawa masuk kenderaan ke Langkawi mesti melalui Jeti Kuala Perlis. Terdapat 2 buah syarikat yang mengend alikan perkhidmatan ini di situ iaitu Langkawi Feri My Roro dan Langkawi Auto Express Sdn Bhd . Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut. Berikut adalah rujukan waktu semasa perjalanan saya & anda boleh semak harga dan jadual feri terkini ; Langkawi Feri My Roro 01.00 pm » Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong 10.00 am » DermagaTanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis Langkawi Auto Express Sdn Bhd 11.00 am » Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong 04.30 pm » Dermaga Tanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis 2) Tempahan perlu dibuat melalui online bagi mengelakkan tempat penuh. Dokumen yang diperlukan semasa membuat tempahan ialah: *Salinan geran kereta *Salinan IC pemandu/pemilik kereta *Bilangan penumpang (termasuk pemandu) 3) Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal se...