Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

[KOREA] : TIPS KE JEJU KOREA

JEJU WINTER TRIP 7-11 JANUARY 2020 (5 HARI 4 MALAM) PERSEDIAAN SEBELUM TRAVEL 1. PORTABLE WIFI ROAMING MAN Internet sangat penting! Pernah pakai simkad di Seoul tapi internet limited jadi Yatt ubah pemikiran guna portable wifi Roaming Man. Korang boleh baca feedback yang positive dari pengguna di website Roaming Man. Klik je link ni nanti korang akan terus ke website nya : ROAMING MAN WEBSITE 2. CASHLESS TRAVEL INSURANCE (RM3K ABOVE CASHLESS) Bagi Yatt kalau nak travel wajib ambil travel insurance. Mahal atau murah letak tepi sebab bila korang kena dapatkan rawatan diluar negara, cajnya tersangat lah mahal. Bawah RM3000 masih lagi korang mampu bayar tapi bagaimana kalau kos rawatan korang mencecah sehingga RM300K atau RM500K? Adakah korang mampu bayar cash? Tepuk dada tanya diri sendiri. Tak meminta perkara yang tak diingini berlaku tapi bak kata pepatah malang tidak berbau kan? Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar. Untuk travel insurance Yatt sarank

Ayam Bakar Berempah Harum

Ayam Bakar Berempah Harum * 1 ekor ayam (dibersihkan) * 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus) * 2 helai daun limau purut (diracik halus) bahan-bahan dikisar bersama : * 3 biji bawang merah * 2 ulas bawang putih * 1 batang serai * 1 helai daun limau purut * 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu) * 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka) * 1 sudu besar rempah kari ayam * 3 sudu makan air asam jawa * 1 sudu besar kicap pekat * sedikit belacan bakar * 1 inci halia * 1/2 inci lengkuas * gula dan garam secukupnya * sedikit air Cara-cara : 1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ayam di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. 3. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Selamat Me

Sambal Ikan Bilis Udang Kering Goreng

Sambal Ikan Bilis Udang Kering Goreng Bahan bahan : Ikan bilis Asam keping Cili Api Udang kering Bawang merah bawang putih garam gula dan minyak masak. cara2: Semua bahan dibasuh dahulu ye. Untuk udang kering tu cuci bersih dan rendam dengan air panas kemudian toskan. Ikan bilis cuci bersih dan toskan. Tumbuk dulu cili api, bawang merah dan bawang putih. Tumbuk agak agak lumat. Kemudian masukkan udang kering dan ikan bilis. Untuk ikan bilis dan udang kering tak perlu tumbuk lumat sangat. Tumbuk sikit sikit je sudah. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumbuk tadi. Masukkan sedikit garam, tak perlu letak banyak sebab ikan bilis dan udang kering dah masin. Masukkan gula 1 sudu dan juga asam keping. Untuk simpan lama, goreng sampai garing garing warna hitam sikit. Tapi disebabkan Fiza malas nak simpan. Masak sikit, confirm habis sekali makan. Jadinya goreng perang perang gitu. Kemudian dah agak garing tu angkat dan toskan minyak. Untuk simpan lama toskan sampai minyak tu hampir

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

Ikan Bilis Goreng Petai

Ikan Bilis Goreng Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis - goreng garing Petai - goreng Air asam jawa pekat Garam Gula - opsyenal Bahan tumbuk; 8-10 tangkai cili padi 2 ulas bawang putih Sedikit belacan Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa pekat dan kacau lagi. Bila telah kering, tutup api. Kemudian baru masukkan ikan bilis dan petai. Kacau rata dan dah siap.

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi

Resepi Pasta Goreng

PASTA SPIRAL GORENG RINGKAS BAHAN A: 1 paket pasta spiral Sedikit mentega dan minyak zaitun Serbuk lada hitam Serbuk oregano Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu) 4 ulas bawang putih 1 ulas bawang besar – dihiris dadu Sedikit sos tiram Sos tomato Sos cili Nampla Garam secukup rasa Sedikit kiub pati ayam (pilihan) BAHAN B: Aneka makanan laut ( sotong / udang dll ) 3 keping daging burger – dihiris dadu Bebola ikan Cendawan shiitake – dipotong kecil BAHAN C: Lada benggala Brokoli Tomato ceri Lobak Merah CARA MEMASAK: 1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega. 2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar. 3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri. 4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati. 5. Akh

Resepi Mushroom Soup Dan Garlic Bread Ala Pizza Hut

CARA BUAT MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT Menurut Puan Yatie, inilah permintaan anak-anaknya yang demam apabila tak lalu makan nasi. Walaupun nampak simple dan ringkas, tapi tetap menyelerakan. RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT Pertama sekali, mari kita lihat cara membuat mushroom soup atau sup cendawan. Bahan-bahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Bahan-bahan 300ml air 500ml susu segar 1-2 kiub ayam 1/2 sudu teh daun parsley 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar mentega 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang) sedikit serbuk perasa Cara-cara 1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam. 2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit. 3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit. 4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul

Resepi Kerang Bakar Berempah

RESEPI KERANG BAKAR BEREMPAH Bahan-bahannya : ● 1 kilo kerang dicuci bersih ● 1/2 biji bawang besar ● 2 ulas bawang putih ● 1 batang serai ● 1 inci halia ● 2 sudu cili kisar Cara-caranya : 1. Semua bahan kecuali kerang dikisar halus dan tambahkan sedikit garam. 2. Panaskan minyak. 3. Masak sekejap bahan-bahan yang dikisar 4. Masukkan kerang bersama-sama bahan yang telah dimasak ke dalam aluminium foil. 5. Panaskan kuali leper. 6. Bakarkan sebentar dalam 5 - 10 minit atau sehingga ada kerang yang terbuka. 7. Dah siap dan bolehlah dihidangkan 8. Perah limau nipis sedikit untuk menambahkan rasa Selamat mencuba Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti. #resepi Cdt denaihati network