Skip to main content

Sambal Ikan Bilis Udang Kering Goreng



Sambal Ikan Bilis Udang Kering Goreng

Bahan bahan :
Ikan bilis
Asam keping
Cili Api
Udang kering
Bawang merah
bawang putih
garam
gula
dan minyak masak.

cara2:
Semua bahan dibasuh dahulu ye. Untuk udang kering tu cuci bersih dan rendam dengan air panas kemudian toskan. Ikan bilis cuci bersih dan toskan.

Tumbuk dulu cili api, bawang merah dan bawang putih.

Tumbuk agak agak lumat.

Kemudian masukkan udang kering dan ikan bilis.

Untuk ikan bilis dan udang kering tak perlu tumbuk lumat sangat. Tumbuk sikit sikit je sudah.

Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumbuk tadi.

Masukkan sedikit garam, tak perlu letak banyak sebab ikan bilis dan udang kering dah masin. Masukkan gula 1 sudu dan juga asam keping.

Untuk simpan lama, goreng sampai garing garing warna hitam sikit. Tapi disebabkan Fiza malas nak simpan. Masak sikit, confirm habis sekali makan. Jadinya goreng perang perang gitu. Kemudian dah agak garing tu angkat dan toskan minyak. Untuk simpan lama toskan sampai minyak tu hampir kering ye. Lagi sedap dan tahan lama.

Sedap makan panas panas dengan nasi panas. Nak lagi sedap makan dengan kicap dan goreng telur mata. Memang berasap telinga. Pedas tak hengat! Nak sambal sedap, gunakan cili api kampung yang betul betul pedas tu dan jangan blender pulak ye. Rajin rajinkan diri menumbuk.

Comments

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi...

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...