Skip to main content

Resepi Pasta Goreng



PASTA SPIRAL GORENG RINGKAS

BAHAN A:

1 paket pasta spiral
Sedikit mentega dan minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ā€“ dihiris dadu
Sedikit sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Nampla
Garam secukup rasa
Sedikit kiub pati ayam (pilihan)
BAHAN B:

Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
3 keping daging burger ā€“ dihiris dadu
Bebola ikan
Cendawan shiitake ā€“ dipotong kecil
BAHAN C:

Lada benggala
Brokoli
Tomato ceri
Lobak Merah
CARA MEMASAK:

1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.

2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.

3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.

4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.

6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi...

KELEBIHAN AKAUN SSPN I PLUS UNTUK ANAK-ANAK

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan dengan pembukaan akaun SSPN I PLUS.  Yatt mula menyimpan di SSPN I Plus sejak tahun 2017, kerana sebelum ini duit anak-anak yang dapat masa raya dan juga akikah dimasukkan dalam Tabung Haji. Apabila kerajaan mula rancak memberikan pendedahan berkenaan SSPN, Yatt mula membuat sedikit research tentang SSPN. Banyak buat research dalam google ja, bila type saja SSPN i Plus banyak info-info yang dikongsikan daripada akhbar online, laman web sspn sendiri dan perkongsian daripada ibu bapa yang telah menabung untuk anak-anak di SSPN. Sebenarnya terdapat banyak pakej dalam akaun SSPN ni, antaranya pakej INTAN, DELIMA, TOPAZ, ZAMRUD, NILAM dan BERLIAN. Untuk permulaan, Yatt hanya ambil pakej Delima untuk kedua anak lelaki Yatt iaitu RM50 sahaja sebulan untuk seorang anak. Jadi Yatt hanya perlu menyimpan RM100 untuk kedua-dua anak. ...

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...