Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan buat semua rakyat Malaysia pada perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Sejumlah RM250 billion telah diperuntukkan melibatkan bantuan termasuklah kepada rakyat dan perniagaan disamping pakej untuk memperkukuh ekonomi negara serta membendung penularan wabak COVID-19.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua dan tiada golongan yang akan tercicir
Apa yang menariknya, kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara āone offā dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Dan buat kali pertamanya ia akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40
Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.
Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dan Semakan Status BPN
Menerusi makluman Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH), kaedah pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status adalah seperti di bawah.
Terkini daripada Siaran Media Kementerian Kewangan, berikut adalah cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat
- Tarikh : 1 April 2020
- Aplikasi : Portal Rasmi LHDNM
- Untuk maklumat lanjut rujuk Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia
Jumlah Bantuan Prihatin Nasional Dan Tarikh Pembayaran
Berikut adalah ringkasan pemberian Bantuan Prihatin Nasional mengikut jumlah bantuan, kategori penerima dan tarikh pembayaran:-
- Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020
- Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000
- Bayaran pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei
- Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020
- Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000
- Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei
Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Maklumat berkaitan cara pemberian bantuan termasuk Permohonan Bantuan Prihatin Nasional dan kaedah pembayaran akan dikongsikan selepas diumumkan oleh kerajaan.
KATEGORI JUMLAH BANTUAN DAN SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN | ||||||||||
![]()
| ![]()
|
![]()
| ![]()
|
Baki Duit BSH
Selain pemberian Bantuan Prihatin Nasional, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion
Bantuan Pelajar IPT RM200
Para pelajar institusi pengajian tinggi juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta
Pemberian bantuan adalah melibatkan pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
Sumber : MySumber, Kementerian Kewangan, LHDNM
Comments
Post a Comment