Skip to main content

TIP BEBAS HUTANG

HUTANG - HUTANG - HUTANG


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." (HR Al-Baihaqi)
Tip Untuk Elakkan Berhutang:
1) Belajar ilmu untuk merancang dan mengurus kewangan.
2) Elakkan atau kurangkan penggunaan Kad Kredit, gunakan Kad Debit. Ukur baju di badan sendiri. Kawal perbelanjaan.
3) Mula belajar menabung walaupun sedikit. Tahukah anda, jika anda menabung secara istiqamah sebanyak RM100 sebulan, dan jika ia memberikan dividen 7% setahun, dalam masa 20 tahun anda sudah ada wang lebih kurang RM30,000. Cukup untuk memulakan satu perniagaan kecil/sederhana.
4) Belajar membezakan antara KEPERLUAN VS KEHENDAK. Banyak perkara yang kita beli secara hutang atas dasar nafsu. Tidak mudah tergoda dengan gajet, jenama, jualan murah, skim bayaran mudah dan seumpamanya.
5) Tahu mana hutang baik dan mana pula hutang yang tidak baik. Misalnya hutang untuk sambung belajar, mencari ilmu dan memulakan perniagaan adalah hutang baik.
6) Jauhi sebarang SKIM yang boleh menbuatkan anda tertipu dan terpedaya. Jangan percaya mana-mana skim yang memberikan anda pelaburan mudah dan besar dalam masa yang singkat. Usah tamak dan jangan sesekali gelap mata.
7) Tidak membazir. Tidak membeli sesuatu secara berlebihan. Tidak bazirkan perbelanjaan pada bil-bil yang tidak perlu. Jimat elektirik dan air. Jimatkan bil internet, potong mana yang tidak perlu, saluran tv berbayar pilih yang perlu sahaja. Makan di tempat biasa dan jika perlu bawa bekal, jangan malu. Tidak perlu terpengaruh dengan iklan untuk cantik, kecantikan asli itu lebih selamat. Minimakan setiap perbelanjaan.
😎 Rajin menambah pendapatan. Juallah apa sahaja janji halal! Sekarang zaman Online. Belajarlah ilmu untuk menjalankan perniagaan secara online. Disamping itu, cari peluang untuk berniaga secara tradisi meski pun cuma sekadar menjual nasi lemak. Dengan sedikit nilai tambah, kreativiti dan servis yang baik, perniagaan yang kecil boleh menjadi besar.
9) Jangan lupa amalan-amalan untuk membuka pintu rezeki, antaranya istighfar, solat dhuha, bersedekah, doa dan seumpamanya.
Semoga titipan ini menjadi asbab Allah bukakan rezeki untuk kita semua.
SHARE diizinkan dan digalakkan.
Sekian.
Dr. Hj Tengku Asmadi


JIKA BERMINAT UNTUK JANA PENDAPATAN DENGAN PENJUALAN PAKEJ PERLANCONGAN BOLEH WASAP YATT UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Whatsapp talian 0195111864

Comments

Popular posts from this blog

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC

MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC Mudah cerita, MySalam tu camni; 1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit. 2. Kena penyakit kritikal dapat duit. Ada dua golongan layak dapat; Golongan 1: Yang dapat BSH. Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan). * Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan. Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover. Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN. Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020. MANFAAT YANG DAPAT: MySalam ni skim takaful yang sedia dua manf...