Skip to main content

Wabak coronavirus : 6 langkah pencegahan dan perlindungan diri daripada jangkitan







Wabak baharu pneumonia novel coronavirus kian menular dengan mengorbankan 25 orang setakat ini di China dan menjangkiti lebih 830 orang termasuk beberapa negara di Korea Selatan, Jepun, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Macau, Amerika Syarikat, Singapura dan Vietnam.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan wabak novel coronavirus yang bermula di Wuhan. Setakat ini, 3 orang telah disahkan positif dijangkiti novel coronavirus di negara jiran, Singapura.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan daripada dijangkiti, apa yang anda perlu tahu tentang wabak novel coronavirus?
1. Mengenali simptom jangkitan novel coronavirus.
  • Demam panas
  • Batuk
  • Sesak nafas 
  • Hidung berair
  • Kesakitan otot
Bagi mereka yang berada di kawasan yang telah terjejas dengan wabak mungkin akan terdedah kepada risiko dan kemungkinan menerima jangkitan. 
Sila lakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari. Sekiranya mengesyaki simptom di atas telah menjangkiti anda, walaupun ia baru bermula, sila pakai topeng muka secepat mungkin dan lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital terdekat. 

2. Segera memaklumkan kakitangan kesihatan dan kuarantin kawasan terjejas sekiranya anda mengesyaki menerima gejala coronavirus.
Sekiranya anda telah melakukan perjalanan ke China dan negara lain terjejas, kemudian mengesyaki menerima simptom seperti di atas selepas pulang, ambil inisiatif dengan memaklumkan kepada kakitangan saringan kesihatan dan kuarantin di pintu masuk lapangan terbang, pelabuhan atau stesen kereta api.
Segera memakai topeng muka bagi mengelak gejala ini menjangkiti orang lain dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera di hospital terdekat.
Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau tuala kertas ketika anda batuk atau bersin. Buang tisu atau tuala kertas ke dalam tong sampah yang terlindung dan segera membasuh tangan anda.
Apabila mendapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan, segera memberitahu kakitangan perubatan akan sejarah perjalanan anda, sejarah pekerjaan, dengan siapa anda berhubung dan kumpulan yang anda sertai

3. Kenali kawasan bawaan epidemik dan kebarangkalian wabak coronavirus boleh menjangkiti.
  • Wuhan atau kawasan yang telah dilaporkan terjejas dengan bawaan wabak.
  • Hospital.
  • Pasar umum. 
  • Tempat tumpuan awam.
  • Ruang sempit atau kuarantin.
  • Pengangkutan awam.
Sila memakai topeng muka dan cuci tangan dengan kerap untuk melindungi diri anda ketika berada di tempat ini.

4. Langkah yang perlu dilakukan ketika berada di kawasan yang telah terjejas dengan wabak coronavirus.
  • Basuh tangan dengan kerap dan pakai topeng muka.
  • Jangan menggosok mata atau menyentuh hidung dan mulut sekiranya anda tidak membasuh tangan.
  • Bertindak segera sekiranya anda jatuh sakit, jangan tunggu di saat akhir.
  • Pastikan badan sentiasa hangat dengan meminum banyak air suam.
  • Makan dengan seimbang serta menjauhi makanan sejuk, daging mentah dan telur.
  • Jangan menyentuh haiwan liar dan burung.
  • Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan pesakit yang disyaki dijangkiti.
5. Cara membasuh tangan.
  • Basuh tangan anda dengan sabun antiseptik secara sepenuhnya sehingga bersih sekurang-kurangnya dalam masa 20 saat.
  • Gosok tapak tangan, belakang tangan, celah-celah jari dan hujung jari dengan teliti.
  • Selepas membilas bersih semua kekotoran, lap kering dengan menggunakan tuala kertas atau tuala bersih.
  • Basuh tangan dengan kerap sebaik sahaja anda telah menyentuh kemudahan awam, menggunakan tandas awam, setelah tangan tercemar dengan pernafasan, sebelum dan selepas makan, serta setelah pulang ke rumah.
6. Jenis topeng muka yang digunakan.


  • Hanya gunakan topeng muka jenis pembedahan yang biasa.
  • Sebelum memakai topeng, pastikan lapisan kalis air berwarna menghadap ke luar.
  • Selepas memakai topeng muka, perlahan-lahan tekan jambatan hidung supaya tepi topeng meliputi mulut dan hidung tanpa ada jurang tercemar.
  • Elakkan menyentuh permukaan topeng muka.
  • Tukar topeng muka dengan kerap setiap hari selepas anda memasuki atau keluar dari kawasan berbahaya.
  • Apabila menukar topeng muka, terus buang ke dalam tong sampah tertutup dan cuci tangan anda dengan sabun antiseptik sehingga bersih.
  • Pakai topeng muka yang baharu dan bersih setiap hari.
KREDIT: ERABARU.COM

Comments

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi

Parking Rate NU SENTRAL VS KL SENTRAL

Bagi memudahkan tetamu Yatt yang menaiki kenderaan ke KL Sentral (Tempat Pendaftaran atau tempat berkumpul bagi peserta trip Hatyai, Krabi, Cameron dan Singapore Bahtera Kembara Holidays). Berikut merupakan kiraan kadar 'parking' di NU Sentral atau Kl Sentral ye. CALCULATION NU SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM5  Sat 12am-12am :  RM5  Sun 12am-12am :  RM5  Mon 6am-6pm : RM24 6pm - 10pm : RM5  Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM10-15 Total HATYAI = RM44-50 CALCULATION KL SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM4  Sat 12am-12am :  RM4  Sun 12am-12am :  RM4  Mon 6am-6pm : RM48 6pm - 10pm : RM4 Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM12-16 Total HATYAI = RM64-70 Note : But if Monday is Public Holiday the rate will become cheaper due to Flat Rate for Public Holiday 

KELEBIHAN AKAUN SSPN I PLUS UNTUK ANAK-ANAK

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan dengan pembukaan akaun SSPN I PLUS.  Yatt mula menyimpan di SSPN I Plus sejak tahun 2017, kerana sebelum ini duit anak-anak yang dapat masa raya dan juga akikah dimasukkan dalam Tabung Haji. Apabila kerajaan mula rancak memberikan pendedahan berkenaan SSPN, Yatt mula membuat sedikit research tentang SSPN. Banyak buat research dalam google ja, bila type saja SSPN i Plus banyak info-info yang dikongsikan daripada akhbar online, laman web sspn sendiri dan perkongsian daripada ibu bapa yang telah menabung untuk anak-anak di SSPN. Sebenarnya terdapat banyak pakej dalam akaun SSPN ni, antaranya pakej INTAN, DELIMA, TOPAZ, ZAMRUD, NILAM dan BERLIAN. Untuk permulaan, Yatt hanya ambil pakej Delima untuk kedua anak lelaki Yatt iaitu RM50 sahaja sebulan untuk seorang anak. Jadi Yatt hanya perlu menyimpan RM100 untuk kedua-dua anak. Manf