Skip to main content

PANDUAN SEWA KERETA DI JEJU ISLAND, KOREA


Jika anda ada rancangan nak bercuti dengan kawan-kawan atau bawa keluarga bercuti
ke pulau Jeju tahun 2020 nanti, cara terbaik untuk menikmati pulau ini ialah dengan sewa kereta.
Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda.

1. Sebaiknya, anda buat booking waktu di Malaysia. Saya cadangkan guna website rentalcars.com, website ini akan senaraikan beberapa company yang ada dan sesuai dengan kereta yang anda pilih. ( rentarcars ni macam search engine, sama macam skyscanner dan booking.com)

2. Sebaik tiba bahagian ketibaan di lapangan terjang Jeju, keluar dari pintu ketibaan antarabangsa, terus ke gate nombor 5.
Selepas keluar dari gate, anda perlu lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki ke sebelah kanan.
Anda akan nampak satu bangunan yang ada banyak bas parking di depannya.

3. Tapi ni sebenarnya bukan ofis sewa kereta. Di sini, anda perlu naik shuttle bas untuk ke ofis kereta sewa
( jika tak pasti, tunjukkan voucher tempahan sewa kereta anda pada staf di situ, dan mereka akan beritahu anda shuttle bas di petak parking mana yang anda perlu naik)
Shuttle bas ini adalah percuma. Tak perlu bayar .

4. Sebagai contoh, saya sewa kereta dengan syarikat AJ Car Rental, jadi saya perlu ambil shuttle bus di petak nombor 13.

5. Sebaik tiba di pejabat sewa kereta, tunjukkan voucher booking pada staf di kaunter.
Untuk makluman, untuk menyewa kereta di Korea, anda diwajibkan mempunyai lesen memandu antarabangsa.
Bagaimana nak buat lesen memandu antarabangsa?
Pergi ke cawangan JPJ terdekat. Sertakan salinan kad pengenalan , gambar berukuran lesen 2 keping dan bayaran RM150.
Lesen memandu antarabangsa sah untuk jangka masa 1 tahun.
Dan paling best, lesen memandu antarabangsa anda siap dalam masa kurang 1 jam.

6. Sebelum tanda tangan dokumen perjanjian sewa kereta, pastikan anda bertanya berapa perlindungan insurans yang anda akan dapat jika berlaku kemalangan. Biasanya sewaktu tempahan, pihak sewa kereta hanya memberi perlindungan asas sahaja.
Sebaiknya, add on kepada premium insurans yang mana anda tidak perlu membayar apa2 jika berlaku kemalangan.

7. Jika anda telah ambil full coverage insurans, anda tidak perlu untuk periksa satu persatu jika ada bahagian kereta yang calar balar atau defect lain.
Pastikan anda periksa bahagian tayar supaya anda terima tayar yang tidak terlalu lama. Ini penting untuk keselamatan anda.

8. Kereta anda juga akan dibekalkan dengan GPS. Dan biasanya, staf kereta sewa akan bantu untuk setting dalam bahasa Inggeris.
Ada sesetengah GPS yang tidak dapat membaca nama tempat. Anda perlu memasukkan nombor telefon lokasi yang anda ingin tujui.
Dan anda boleh dapat senarai penuh nombor telefon semua lokasi menarik di kauter penerangan di lapangan terbang.

9. Akhir sekali, tempat duduk pemandu di Jeju adalah di sebelah kiri. Dan cabaran terbesar memandu di Jeju adalah untuk keluar dari pusat bandarnya. Jalan agak sempit dan banyak lampu isyarat. Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terlepas simpang atau masuk lorong yang salah.

10. Sebaik telah melepasi atau keluar dan sempadan bandar Jeju City, anda akan rasa betapa nikmatnya memandu di Jeju. Dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan, anda tidak perlu risau duit habis sebab tiada tol dikenakan untuk menggunakan jalanraya di Jeju.

Selamat bercuti ke Pulau Jeju !
Kredit to FB @Mohd fauzi Zakaria



Comments

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi

Parking Rate NU SENTRAL VS KL SENTRAL

Bagi memudahkan tetamu Yatt yang menaiki kenderaan ke KL Sentral (Tempat Pendaftaran atau tempat berkumpul bagi peserta trip Hatyai, Krabi, Cameron dan Singapore Bahtera Kembara Holidays). Berikut merupakan kiraan kadar 'parking' di NU Sentral atau Kl Sentral ye. CALCULATION NU SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM5  Sat 12am-12am :  RM5  Sun 12am-12am :  RM5  Mon 6am-6pm : RM24 6pm - 10pm : RM5  Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM10-15 Total HATYAI = RM44-50 CALCULATION KL SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM4  Sat 12am-12am :  RM4  Sun 12am-12am :  RM4  Mon 6am-6pm : RM48 6pm - 10pm : RM4 Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM12-16 Total HATYAI = RM64-70 Note : But if Monday is Public Holiday the rate will become cheaper due to Flat Rate for Public Holiday 

KELEBIHAN AKAUN SSPN I PLUS UNTUK ANAK-ANAK

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan dengan pembukaan akaun SSPN I PLUS.  Yatt mula menyimpan di SSPN I Plus sejak tahun 2017, kerana sebelum ini duit anak-anak yang dapat masa raya dan juga akikah dimasukkan dalam Tabung Haji. Apabila kerajaan mula rancak memberikan pendedahan berkenaan SSPN, Yatt mula membuat sedikit research tentang SSPN. Banyak buat research dalam google ja, bila type saja SSPN i Plus banyak info-info yang dikongsikan daripada akhbar online, laman web sspn sendiri dan perkongsian daripada ibu bapa yang telah menabung untuk anak-anak di SSPN. Sebenarnya terdapat banyak pakej dalam akaun SSPN ni, antaranya pakej INTAN, DELIMA, TOPAZ, ZAMRUD, NILAM dan BERLIAN. Untuk permulaan, Yatt hanya ambil pakej Delima untuk kedua anak lelaki Yatt iaitu RM50 sahaja sebulan untuk seorang anak. Jadi Yatt hanya perlu menyimpan RM100 untuk kedua-dua anak. Manf