Skip to main content

KOS MEMANDU KERETA DI JEPUN





Eh, murahnya kos kereta pergi ke gunung Fuji.
Bagi yang pergi ke Jepun, antara benda yang difikirkan adalah pengangkutan jenis apa hendak guna. Pergi ke kawasan bandar utama, pilihan pengangkutan menjadi semakin banyak. Contoh yang popular ialah tren.
Orang Jepun pun apabila pergi kerja mereka menggunakan tren walaupun mempunyai sebuah kereta Ferrari. Kereta itu digunakan pada hari minggu sahaja. Tidak disangkal lagi tren merupakan pengangkutan yang murah di kawasan bandar, dimudahkan lagi dengan jadual kekerapan yang tinggi.

Walaupun begitu, tidak semua tempat di Jepun sesuai dinaiki kenderaan awam, lagi-lagi apabila membawa golongan berbilang umur.
Persediaan menggunakan jenis kenderaan yang lebih fleksibel sangat dititikberatkan supaya masalah lain kurang berlaku. Kalau berlaku pun boleh diselesaikan dengan lebih cepat.
Sebagai contoh tempat yang sesuai dinaiki kereta ialah kawasan berhampiran gunung Fuji. Di situ, walaupun ada bas awam tetapi kekerapannya tidak seperti di Tokyo, termasuklah jadual ketibaan dan perlepasan tren.
Bagi yang ingin mencuba pengangkutan kereta, kos tertentu boleh diperhalusi supaya tidak ‘overbudget’ ataupun ‘over expectation’.
Sebagai contoh, menyewa mpv 8 tempat duduk kosnya begini:
- Sewa 12 jam dalam 20,000-25,000 yen (RM800-RM1000).
Agak sukar untuk mendapatkan kos yang lebih rendah dari itu, melainkan ada orang bagi pinjam, ataupun ada perjanjian khas antara penyewa/syarikat dengan syarikat penyewa kereta.
- Kos minyak kereta MPV ulang alik antara Fuji dan Tokyo adalah dalam 7,000 yen (RM280).
Jarak antara kedua-dua tempat itu lebih kurang 120km. Jadi apabila patah balik anggarannya hampir 240km perjalanan. Kos minyak petrol Ron 95 dalam 135-150 yen per liter (RM5.40-RM6.00).

- Kos tol (Tokyo-Fuji) dalam lingkungan 7,600 yen dua hala (RM304)
Itu adalah kos apabila menggunakan kad ETC (Electronic Toll Collection System), dan ia seperti menggunakan Smart Tag. Tanpa menggunakannya, kos akan menjadi lagi mahal, silap-silap boleh hampir mencecah 9,000 yen (RM360) ataupun melebihi 10,000 yen (RM400).
Bagi yang ingin mencari pemandu, perlu diambil kira bahawa upah juga perlu diberikan. Selalunya dalam 20,000-30,000 yen sehari (RM800-RM1,200). Ia nampak mahal, tetapi di Jepun, ‘feeling’ 20,000 yen seakan RM200 atau RM300.
Itu belum termasuk kos makan minum dan kos parking apabila perlu singgah Tokyo pada waktu malamnya. Kos parking di Tokyo boleh dikatakan dalam 1,000 yen sejam (RM40).
Jadi, apabila dijumlahkan secara ringkas:
= 25,000 + 7,000 + 7,600
= 39,600 yen. (RM1,584)
Seandainya mengambil pemandu, ia menjadi 64,600 yen (RM2,584).
Bagaimana pula apabila sesebuah syarikat akan mengambil untung? Oleh itu ia boleh dibuat dengan 64,600 yen x 1.1 (untung 10%) = 71,060 yen (RM2842.40).
Begitulah kisahnya apabila mengambil perkhidmatan kereta sewa di Jepun. Apabila berjumpa dengan orang yang menawarkan harga lagi murah seperti 25,000 yen, perlu dilihat akan kos-kos yang telah dinyatakan sebelum ini.
Risau harga sedemikian akan berlaku masalah ‘over expectation’.
============================================
Sumber : Kamal Zharif bin Kamaludin

Comments

Popular posts from this blog

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC

MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC Mudah cerita, MySalam tu camni; 1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit. 2. Kena penyakit kritikal dapat duit. Ada dua golongan layak dapat; Golongan 1: Yang dapat BSH. Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan). * Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan. Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover. Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN. Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020. MANFAAT YANG DAPAT: MySalam ni skim takaful yang sedia dua manf...