Skip to main content

HIKING BUKIT CHANGKAT ASA

BUKIT CHANGKAT ASA, SELANGOR

25 OGOS 2019
9.00 PAGI



First time Yatt hiking selepas berumur 32 tahun. Bermula jam 9 pagi di kaki bukit , kemudian perlahan-lahan daki keatas. Alhamdulillah dibantu oleh Kak Myrose dan Din Proton. Kami sampai puncak Bukit Changkat Asa lebih kurang 1 jam setengah. 

Pada permulaan tu, Yatt dah rasa nak putus asa sebab rasa dah 'pewai' (pewai ni kak myrose kata bahasa org hiking maksudnya nak collapse haha). 

Tapi Kak My dan Din kata takpe kita rest dulu kemudian sambung naik. Syukur lepas rest tu dah ok dan selepas tu kami sambung semula naik.

Semasa hiking tu Ya Allah cantik sangat view pokok-pokok merah, dedaunan merah ala-ala autumn pulak. 

Lebih kurang Jam 10.30 pagi barula kami sampai puncak. Kalau yang biasa hiking mungkin setengah jam je naik ke puncak. Bagi Yatt yang first time ni ambil masa punya lama. haha.. Pengalamankan..


Sejam juga kami stay kat atas puncak. Teman Din pasang bendera Malaysia. Dia siap  bawa canvas untuk kami duduk dan buatkan teh lagi tau. Rajin betul Din ni. 


Pada pendapat Yatt, untuk yang pertama kali nak hiking boleh cuba Bukit Changkat Asa ni dulu yang berketinggian 234 meter. Kemudian, boleh cuba hiking di gunung-gunung lain yang ada, contoh macam Broga dan lain-lain lagi.






 Pewai 😂



Cantik sangat view dari atas







 Mereka dah siapkan tali masa mendaki. Sangat membantu



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC

MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC Mudah cerita, MySalam tu camni; 1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit. 2. Kena penyakit kritikal dapat duit. Ada dua golongan layak dapat; Golongan 1: Yang dapat BSH. Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan). * Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan. Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover. Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN. Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020. MANFAAT YANG DAPAT: MySalam ni skim takaful yang sedia dua manf...