Skip to main content

[KOREA] : TIPS KE SEOUL KOREA






TARGET BAJET


1Perkara pertama yang korang perlu buat dalam menentukan kemana destinasi yang nak dituju adalah bajet. Bajet sangat penting untuk korang buat anggaran kasar sebelum travel kemana-mana. Tak kiralah bajet yang rendah atau tinggi hatta dalam Malaysia sekalipun supaya korang dapat menguruskan segala persediaan sebelum travel. Bajet perlulah melingkupi tiket flight pergi balik, penginapan, belanja di tempat travel dan sebagainya.

 2. Untuk trip Yatt ke Korea ni, anggaran kasar yang Yatt letak target bajet RM4000- RM5000. RM1200 untuk tiket flight pergi balik KL-Incheon-KL, RM1599 ground package . Ground package tu semua dah include Airport Transfer, Hotel 5 Hari 4 Malam, Breakfast di Hotel dan tiket lawatan Nami Island, Namsan Tower dan juga T-Money. Lebihan bajet tu pulak Yatt bawa sebagai belanja makan dan shopping sahaja, RM2000 juga untuk duit shopping dan makan tapi Alhamdulillah tak guna semua, ada juga lebihan dibawa balik Malaysia J

3. Cara yang paling berkesan dapat menjimatkan bajet travel adalah persiapan awal. Yatt beli tiket flight setahun awal. Katakan Yatt nak travel ke Korea tahun 2019 jadi Yatt dah beli siap-siap pada tahun 2018, jadi Yatt dapat harga promo semasa tu lebih kurang RM800++. Kemudian sikit-sikit Yatt add on yang lainnya seperti Luggage 20kg pergi balik, meal dalam flight, seat, dan travel insurance. Total bila dah add on semua RM1200++ tiket flight Air Asia.







CUACA & MUSIM

4. Berbalik pada point di atas tadi; bajet trip kita juga dipengaruhi oleh musim bila kita pergi. Di Korea ada 4 musim untuk kita pilih. Sama ada nak pergi ketika musim bunga, musim luruh, musim panas atau musim sejuk. Setiap musim ada kelebihan dan kecantikan masing-masing, terpulang pada bajet poket kita nak pergi musim apa. Tapi apa yang pasti, kemuncak musim bunga (April) adalah peak season. Di mana kebanyakan harga flight & penginapan mencanak tinggi ya. Yatt pergi pada tarikh 28 April hingga 2 May 2019 iaitu di penghujung musim bunga. Jadi, pada musim ini tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Walaupun tidak terlalu sejuk, namun begitu Yatt sarankan bawa baju yang tebal juga sebab angin sejuk di Korea sangat menusuk dada. Hahaha.. sejuk uols. Suhu sekitar 10 - 17 degree. Waktu malam pula antara 8 degree.

5. Selain daripada tujuan untuk menyelamatkan bajet poket, kita juga perlu check ramalan kaji cuaca lebih awal sebagai persediaan barang-barang yang perlu dibawa (terutama pakaian). Bagi memudahkan proses packing bagasi. Jika pergi pada musim panas, cukuplah sekadar membawa pakaian yang nipis, ringan dan selesa.






PENGANGKUTAN AWAM

6. Sebelum korang fikir nak naik apa-apa public transport, sebaik saja sampai di airport atau mana-mana subway station pertama korang, perlu beli kad T-money dan topup terlebih dahulu. Kegunaan dia macam kad Touch n Go jugak.  Semua public transport even teksi dan bas pun gunakan T-money sebagai tambang. Tapi ground package yang Yatt ambil ni dah include dengan T-Money jadi tak perlu lagi nak beli T-Money.

7. Pengangkutan awam atau public transport di Korea sangat efisien, pantas, kondusif dan cekap juga. Jadi tak perlu risau jika sesat atau ketinggalan. Antara public transport yang boleh kita gunakan ketika di Korea adalah subway (train), bas dan teksi.




8. Dah namanya naik subway dan bas, so memang perlu banyak berjalan kaki untuk ke station (subway/bus) dan mungkin juga bertukar line (subway/bus). Tapi jangan risau, download saja apps Naver Map, atau Maps, atau Subway di Google Playstore atau App Store. Insha-Allah tak akan sesat sebab semua details tentang nama station, nombor bas, nama jalan, dan route hingga tiba ke destinasi. (Kredit faraamusa.blogspot.com)

9. Nak mudah, naik teksi warna oren kerana ianya menggunakan konsep tambang per meter. Basic tambang teksi bermula dari 3,000 Won. Naik je kereta, terus start counting from 3,000 Won. Tambang boleh bayar sama ada secara tunai atau gunakan T-money. Kalau korang travel berdua dan ke atas, agak berbaloi juga kalau naik teksi sebab boleh tong-tong. Depends pada jarak destinasi, dan kadar kepenatan kaki. Huhu.

PENGINAPAN

10. Bab ni juga, berbalik pada topik berapa bajet trip yang korang mahukan? Ada pelbagai pilihan penginapan dengan tawaran harga yang berbeza. Perlu diingatkan, kemudahan dan keselesaan yang diterima juga berbeza. Pilih sama ada nak guesthouse, hostel, atau hotel. Macam Yatt ground package yang Yatt ambil dah include hotel selama 5 hari 4 malam jadi tak perlu pening kepala nak booked sendiri untuk penginapan. MPV Starex ambil je Airport Incheon dan akan bawa ke hotel Yatt dan kawan-kawan. Hotel yang Yatt stay adalah Park Hill Hotel. Hotel ini dilengkapi dengan lif, kitchen yang ada microwave, toaster, roti, jem dan di toilet area kitchen tu pula siap ada mesin basuh dan water filter. Sangat-sangat memudahkan Yatt dan kawan-kawan yang stay disitu. Penimbang luggage juga disediakan di lobby, jadi korang boleh bajet siap-siap luggage semasa nak balik ke Malaysia.





11. Bajet penginapan bergantung pada kawasan di Seoul. Kebiasaannya orang Malaysia kita suka menginap di 3 tempat ni iaitu; Itaewon, Dongdaemun & Myeongdong. Semua tempat ada kelebihan dan kekurangan memasing. Park Hill Hotel yang Yatt stay adalah berdekatan dengan Myeondong, Namsan Tower dan Namdaemun. Hanya berjalan kaki sahaja untuk ketempat-tempat yang disebut tadi.  


12. Itaewon ada banyakkkkkk tempat makan halal, tapi takde tempat shopping best. Insadong , Namdaemun dan Dongdaemun ada beberapa tempat makan halal, dan tempat shopping agak murah juga di sini. Tapi barangan pakaian dan aksesori lah murah. Skincare tak banyak. Myeongdong sesuai untuk orang yang memang target ke Korea nak shopping skincare. Sebab dia kawasan bandar yang sibuk, padat dan lubuk butik-butik skincare Korea. Kalau stay di Myeongdong, mudah untuk akses ke mana-mana bandar Seoul. Banyak kedai makan dan kedai serbaneka, tapi kedai makanan halal kurang.

INTERNET / WIFI

13. Internet tersangatlah penting bagi korang yang nak ke Korea. Sebab semua gadget yang mempunyai apps melibatkan peta dan route trip, perlu digunakan sentiasa. Jika pergi sendiri perlu gunakan data untuk buka apps, dan bagi yang pergi bersama tour guide macam Yatt pula perlu on sentiasa whatsapp supaya boleh berhubung dengan yang lain. Tiadalah kes tertinggal kawan ke apa. haha.. Boleh je kalau nak beli simcard yang ada mobile data di airport tapi Yatt buat persediaan awal dengan membeli Simcard Travel Network melalui Lazada (kawan tolong belikan).


MAKANAN

14. Makanan halal di Korea dah banyak dah sekarang, dan mudah didapati. Kalau nak merasa street food, Myeondong adalah tempatnya tapi perlu juga berhati-hati memilih makanan kerana terdapat stall yang meletakkan logo halal namun makanan tersebut tidak halal. Antara makanan halal yang Yatt cadangkan korang yang nak beli dekat Myeondong adalah Lobster Cheese yang berharga 15K won, Butter Shrimp King, 6000 won, Nutella Banana Creep, 4000 won, Almond Honey Sesame Egg Bun, 2000 won, Taiyaki (Bahulu Ikan), 3500 won. Dan jangan lupa beli Giant Strawberry 5000 won sahaja. Strawberi Korea manis-manis dan besar sangat. Puas makan. haha



Taiyaki (Bahulu ikan) : 3500 won



Taiyaki (Bahulu ikan) : 3500 won



 Lobster grill with cheese (myeondong street food) : 15,000 won



Lobster grill with cheese (myeondong street food) : 15,000 won


Butter shrimp king (myeondong street food) : 6000 won



Lobster grill with cheese (myeondong street food) : 15,000 won



Giant Strawberry : 5000 won


 Giant Strawberry : 5000 won

15. Tapi boleh je kalau nak prepare makanan-makanan ringan buat alas perut sebelum memulakan trip setiap hari.  Pakej Yatt dah include roti dan jam jadi boleh saja nak alaskan perut dengan makanan itu saja atau korang boleh bawa sendiri makanan dalam paket seperti Brahim's atau Sharifah’s instant travel food. Tinggal panaskan dalam microwave je sebelum makan. In case hostel or hostel korang takde microwave, boleh rendam je food packet tu.

SHOPPING

16. Tempat shopping terbaik di Seoul so far di Myeongdong, Namdaemun, Insadong dan Dongdaemun. Dan yang best nya, kebanyakan kedai shopping mereka di sini, mengenakan tax free untuk pelancong. Boleh dikatakan jimat juga lah. Sebab beberapa harga barangan di sini dah lah murah berbanding Malaysia, lepas tu ada potongan tax lagi bila bayar di kaunter. Myeondong terbaik untuk beli skincare, Insadong terbaik jika korang nak beli beg, boleh dapat sebuah beg dengan harga 10K won sahaja. Manakala di Namdaemun pula, tempat terbaik untuk korang membeli kerongsang, gelang, cenderahati atau aksesori lain disini.

17. Untuk berbelanja di Korea, korang boleh je guna ATM/debit card sendiri. Asalkan jangan lupa activate dari Malaysia. Cuma perlu call bank, dan bagitahu nak activate penggunaan semasa di luar negara nanti atau pun boleh active kan sendiri melalui cimbclicks, boleh lihat caranya di link ini CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA . Other than that, macam biasa, boleh guna credit card dan juga tukar je duit cash sebagai simpanan in case ada berlaku sebarang masalah yang hanya menerima duit cash Won.

Selamat bercuti ke Korea! :)



Comments


  1. Jom ke Korea musim luruh 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Seoul! Promosi valid sehingga 30/11/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  2. Salam yatt, nak tanya, strawbery tu yatt beli di area mana ya? Myeondong ka? Muurahh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam. Aah ya saya beli di Myeongdong. Kena tilik sikit ada yang jual 5000 won dan ada yang jual 7000 won. rezeki saya jumpa yang 5000 won. Sedap gemok2 strawberi dia..

      Delete
  3. Salam yatt, nak tanya, strawbery tu yatt beli di area mana ya? Myeondong ka? Muurahh. Hehe

    ReplyDelete
  4. Harap lepas covid dah clear. Dpt ke sini :) perkongsian yang sungguh bermanfaat. Jangan lupa lawat blog saya ya

    ReplyDelete
  5. aduhhh, nak kumpul duit start from now niiiiiiiii. . .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA TUNTUTAN BAGASI ROSAK MELALUI TRAVEL INSURANCE TAKAFUL ETIQA TRIPCARE360

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman yatt atas kerosakan luggage semasa di Jeju pada 7 Januari 2020 dan Alhamdulillah pada 11 Februari 2020 pihak Etiqa telah kreditkan gantirugi atas kerosakan luggage tersebut sebanyak RM700. FYI, trip ke Jeju yatt dan tetamu bermula 7 hingga 11 Januari 2020, 2 minggu sebelum fly, yatt ada ambil Travel Insurance Etiqa Tripcare360 plan Gold yang bernilai RM44.90 termasuk stamp duty. Actually jika korang ambil plan Gold, antara yang cover : Gold: RM 34.90 Sum insured up to RM300,000 Accidental death & permanent disability benefits Baggage loss or delay compensation Medical coverage up to RM300,000 24-hour travel and medical assistance Terrorism coverage Up to RM20,000 for trip cancellations Up to RM1,000 for loss of travel documents Up to RM5,000 for compassionate care Up to RM2,000 for travel delays (minimum 2-hour delays) Jika ambil Platinum pun sangat digalakkan ye.. kalau yatt ambil plan Platinum confirm dapat lebi

Parking Rate NU SENTRAL VS KL SENTRAL

Bagi memudahkan tetamu Yatt yang menaiki kenderaan ke KL Sentral (Tempat Pendaftaran atau tempat berkumpul bagi peserta trip Hatyai, Krabi, Cameron dan Singapore Bahtera Kembara Holidays). Berikut merupakan kiraan kadar 'parking' di NU Sentral atau Kl Sentral ye. CALCULATION NU SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM5  Sat 12am-12am :  RM5  Sun 12am-12am :  RM5  Mon 6am-6pm : RM24 6pm - 10pm : RM5  Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM10-15 Total HATYAI = RM44-50 CALCULATION KL SENTRAL RATE  Fri 7pm-12am  :  RM4  Sat 12am-12am :  RM4  Sun 12am-12am :  RM4  Mon 6am-6pm : RM48 6pm - 10pm : RM4 Total SINGAPORE /CAMERON HIGHLAND = RM12-16 Total HATYAI = RM64-70 Note : But if Monday is Public Holiday the rate will become cheaper due to Flat Rate for Public Holiday 

KELEBIHAN AKAUN SSPN I PLUS UNTUK ANAK-ANAK

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan kesempatan dan peluang untuk berkongsi dengan orang lain berkenaan dengan pembukaan akaun SSPN I PLUS.  Yatt mula menyimpan di SSPN I Plus sejak tahun 2017, kerana sebelum ini duit anak-anak yang dapat masa raya dan juga akikah dimasukkan dalam Tabung Haji. Apabila kerajaan mula rancak memberikan pendedahan berkenaan SSPN, Yatt mula membuat sedikit research tentang SSPN. Banyak buat research dalam google ja, bila type saja SSPN i Plus banyak info-info yang dikongsikan daripada akhbar online, laman web sspn sendiri dan perkongsian daripada ibu bapa yang telah menabung untuk anak-anak di SSPN. Sebenarnya terdapat banyak pakej dalam akaun SSPN ni, antaranya pakej INTAN, DELIMA, TOPAZ, ZAMRUD, NILAM dan BERLIAN. Untuk permulaan, Yatt hanya ambil pakej Delima untuk kedua anak lelaki Yatt iaitu RM50 sahaja sebulan untuk seorang anak. Jadi Yatt hanya perlu menyimpan RM100 untuk kedua-dua anak. Manf