Skip to main content

PERCUTIAN KE SINGAPORE- JANUARI 2019

Assalamualaikum ❤



Yatt dan adik-adik berkesempatan melawat Singapore pada awal tahun 2019. Percutian kami hanya mengambil satu hari sahaja di Singapore. Jadi, sebagai kenangan dan sedikit pengalaman kesana, Yatt nak berkongsi di dalam blog. Manatau ada yang nak join Daytrip Singapore seperti kami.

Bermula pada hari Jumaat pagi, kami bergerak ke KL Sentral dengan menaiki ETS. Kami sepatutnya perlu tiba pada waktu malam di KL Sentral tetapi kami cadang nak jalan-jalan sekitar sana dulu sementara bas trip ke Singapore sampai, jadi kami memilih masa tersebut iaitu lebih kurang jam 9 pagi dan sampai KL Sentral dalam jam 11 pagi. Sebelum jalan-jalan sekitar NU Sentral dan KL Sentral, kami bertiga membuat keputusan untuk check in hotel area KL Sentral sebab masa yang lama untuk menunggu bas. Sekurang-kurangnya dapat tinggalkan barang-barang yang agak berat di hotel dan dapat bersolat juga bersiap-siap sebelum trip ke Singapore pada jam 9 malam.








KEDAI MAMAK DI LUAR NU SENTRAL

Seterusnya, lepas check in hotel, kami jalan-jalan sekitar NU Sentral yang terdapat banyak butik pakaian dan tudung membuatkan Yatt dan adik-adik rambang mata. Antaranya butik Cotton On, H&M, Neelofar, Bokitta dan lain-lain lagi. Yatt sempat membeli beberapa pakaian di Cotton On untuk di pakai semasa di Singapore dan juga tudung Neelofar berwarna soft brown (sangat comfortable and easy untuk dipakai semasa travel).

Selepas selesai membeli belah pakaian, kami turut menjamah makanan di restoran dalam NU Sentral. Yatt memilih untuk minum sahaja  disebabkan sudah planning untuk makan di Restoran makanan Korea di NU Sentral dan hanya adik-adik yang menempah makanan di restoran tersebut.








KEDAI BIBINBAP KOREAN FOOD DI NU SENTRAL 

Selepas makan, kami terus balik hotel, rehat-rehat dulu. Selepas Maghrib dalam 7.30 malam macamtu, kami ke money changer berhampiran hotel. Tukar siap-siap ringgit ke SGD. weyh, selamat tukar diluar KL Sentral sebabnya Yatt dan adik-adik tengok kadar tukaran dalam KL Sentral dan diluar berbeza. Dapat la lebih sikit kan..

Dalam jam 9 malam macamtu kami terus ke tempat berkumpul trip Singapore dimana semua tetamu perlu berdaftar dengan tour leader masing-masing. Next entri Yatt akan share tempat berkumpul bagi tetamu Bahtera Kembara Holidays ya supaya memudahkan uols untuk join trip dari BKH.




DI KL SENTRAL TEMPAT PENDAFTARAN

Singapore Daytrip ni kami bergerak dalam jam 10 malam dan sampai di RNR Gelang Patah around 3 atau 4 pagi. Disitu kami akan mandi, solat dan breakfast siap-siap. Sarapan pagi nasi lemak dan teh o panas sudah termasuk dalam Pakej ini tetapi Yatt dan adik order telur separuh masak di restoran RNR.

Selepas selesai solat Subuh, kesemua tetamu perlu naik bas dalam jam 6 pagi dan bas bergerak ke Imegresen Singapore. Fuh padu kat imegresen, Yatt nampak motor berpusu-pusu nak masuk ke Singapore. Seperti apa yang dimaklumkan oleh tour leader, setiap hari orang Malaysia di Johor yang bekerja di Singapore akan keluar awal untuk melewati imegresen.

Selesai semuanya di imegresen, tempat menarik pertama yang dibawa adalah ke Merlion Park, kemudian ke Bugis & Arab Street. Bila dah dekat waktu solat, kami dibawa ke Masjid Sultan berdekatan dengan kedai makan Victory sahaja. Jika ada yang dah selesai solat boleh makan dahulu di area situ. Antara makanan yang popular kat situ, murtabak Singapore, Nasi Beriyani, Chicken Chop dan lain-lain lagi. Portion makanannya sangat banyak, bagi Yatt satu pinggan tu boleh kongsi dua orang. Range harga lebih kurang 10 sgd seorang untuk sekali makan.































KEDAI 1 SGD KAT BUGIS STREET


Selepas dah menjamu selera, kami terus ke USS tetapi tak masuk kedalam USS kerana Yatt tak ambil pakej tu. Hanya berada di sekitar USS Globe sahaja untuk bergambar. Kemudian ke Sentosa Island, Pahlawan Beach dan beberapa tempat lain dengan menaiki tram.

Dalam jam 7.30 petang macamtu, semua berkumpul di Beach Station dan bertolak ke Marina Bay Sand. Di Marina Bay Sand, tour leader memberikan kebebasan kepada tetamu sementara menunggu pertunjukan 'Laser Light'. Happening sungguh show tu. Serius best, tak rugi uols join trip ni tau.

Selepas dah selesai show tu, lebih kurang jam 8.30 malam, kami semua bergerak balik ke imegresen. Dah settle semua, then balik ke pangkal jalan, Malaysia yang kucintai. hehe

Yatt dan tetamu yang lain sampai KL Sentral dalam jam 4 pagi macamtu. Jenis kami adik beradik tak suka menyusahkan orang datang ambil kami, jadi kami memilih untuk menunggu MRT balik ke Tanjung Malim. Sampai Tanjung Malim around 9 pagi. Adik Yatt yang bekerja sebagai Nurse tu pula rushing untuk kejar ETS jam 11 pagi dari Tanjung Malim ke Sungai Petani. But Alhamdullilah dia sempat naik dan sempat balik ke rumah Yatt dulu bersiap apa yang patut. Uols boleh lihat gambar-gambar yang Yatt share dibawah ya. Enjoy kalau pergi Singapore ni, view yang cantik, bersih. Ish.. Yatt taknak cerita banyaklah, uolss kena join trip Singapore dari Bahtera Kembara Holidays ni ok. Kalau nak ambil pakej dengan Yatt pun dialu-alukan sebab Yatt salah seorang travel agent dengan ID BKH01-000 dibawah BKH. Nombor Yatt uols boleh wasap 0195111864.


(GAMBAR LAIN MENYUSUL KEMUDIAN :)

Terima kasih sudi baca. ❤





Comments

Popular posts from this blog

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC

MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC Mudah cerita, MySalam tu camni; 1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit. 2. Kena penyakit kritikal dapat duit. Ada dua golongan layak dapat; Golongan 1: Yang dapat BSH. Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan). * Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan. Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover. Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN. Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020. MANFAAT YANG DAPAT: MySalam ni skim takaful yang sedia dua manf...