Skip to main content

ABOUT ME



Mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai Pengurus Pusat Internet yang dulunya dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) semasa zaman pemerintahan kerajaan Tun Najib Razak. Apa yang saya dapat pengalaman semasa bekerja disini adalah membantu komuniti di kawasan luar bandar mengenali komputer dan Internet dengan lebih cekap. Walaupun kemahiran Yatt tidaklah sehebat mana namun Yatt rasa, dapat juga menyumbang beberapa pengetahuan yang tidak seberapa ini bagi melihat komuniti ini membangun dan mahir dalam penggunaan teknologi masa kini. Yatt masih ingat, Yatt juga pernah membantu usahawan-usahawan dalam membangunkan laman web perniagaan mereka. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Yatt juga berpengalaman sebagai Pembantu Penyelidik selama 4 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Setahun RA dibawah Fakulti Komputeran dan Industri Seni Kreatif (FSKIK) dan 3 tahun lagi sebagai RA dibawah National Child Development Research Centre (NCDRC) UPSI. Kini bekerja di Aafiyat Group sebagai Training Implementation Executive bermula dari September 2021.


Blog Yatt Rahman ini hanya digunakan sebagai platform untuk penulis bercerita mengenai kehidupan peribadi terutamanya kehidupan seharian penulis yang merangkumi keluarga (mungkin sedikit), perniagaan dan kerjaya.

Selain daripada itu, penulis banyak menulis atau mengupas sesuatu isu berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Comments

Popular posts from this blog

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB UNTUK PENGELUARAN LUAR NEGARA

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA.   Salah satu urusan yang perlu kita laksanakan ialah mengaktifkan kad debit CIMB. Dulu kala, puluh tahun yang lalu. Kalau ke luar negara, kena call bank untuk aktifkan kad debit. Tapi, tu dulu lah.. Sekarang semua mudah dengan hujung jari saja kita boleh mengaktifkan kad debit untuk penggunaan luar negara. Jom Yatt share kan  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Yang dah tahu  CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BILA NAK KE LUAR NEGARA  buat-buat baca je lah entri ini ye ! 1. Log in  www.cimbclicks.com.my  dan terus ke bahagian  SETTINGS .  Dan, klik Icon  Services 2.  Pilih  Overseas Spending & Withdrawal 3. Kemudian, tekan link no debit card.  4. Jika lihat atas ni status card deactivated untuk penggunaan pengeluaran di luar negara. Kita boleh klik di bahagian Ch...

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC

MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC Mudah cerita, MySalam tu camni; 1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit. 2. Kena penyakit kritikal dapat duit. Ada dua golongan layak dapat; Golongan 1: Yang dapat BSH. Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan). * Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan. Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover. Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN. Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020. MANFAAT YANG DAPAT: MySalam ni skim takaful yang sedia dua manf...