Bagi yang pertama kali ke Korea. Ini rupa declaration dan arrival form. Isi masa dalam flight. Jadi sila bawa Pen. Benda remeh tapi penting pen tu. A RRIVAL FORM (INDIVIDUAL) Address in Korea, tolong isi dengan detail include phone nombor. Dalam booking confirmation mesti ada. Jadi isi bagi lengkap. Purpose : Tour : tourist : pelancong yang nk p ambil gambar Visit : visitor : tetamu. Maybe ada sedara, jemputan khas universiti, atau urusan rasmi kerja. DECLARATION FORM (1 FAMILY / GROUP 1) Belakang form tu ada list item yang perlu dideclare seperti duty free item (rokok, alkohol, perfume) MAKANAN terutama produk tenusu dan buah buahan. Kalau tak ada yang perlu dideclare isi muka depan sahaja. Semoga semua kita dipermudahkan urusan. Risau pulak asyik dapat berita kena interview dan hantar pulang ni. Kredit : Hayati Hashim