Skip to main content

Posts

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL mySalam I GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR SEBELUM 31 MAC

MYSALAM: GAJI BAWAH RM8,300 SEBULAN LAYAK. DAFTAR LEKAIH SEBELUM 31 MAC Mudah cerita, MySalam tu camni; 1. Masuk Wad Hospital Kerajaan dapat duit. 2. Kena penyakit kritikal dapat duit. Ada dua golongan layak dapat; Golongan 1: Yang dapat BSH. Golongan 2: Yang gaji kasar bawah RM100,000 setahun (lebih kurang RM8,300 sebulan). * Umur mesti lingkungan 18-65 saja untuk dua-dua golongan. Golongan 1 dia cover penerima BSH dan pasangan bermula 2019. Anak-anak tak cover. Pasangan mesti berdaftar dengan LHDN. Kalau kahwin lebih satu, bini no 2, 3 dan seterusnya pun layak dapat. Syaratnya, nama bini-bini ni mesti daftar kat LHDN selain Pejabat Agama. Kalau tidak tak dapat. Pasai apa? Sebab MySalam pull data dari LHDN. Golongan 2 cover individu saja. Pasangan dan anak tak cover. Tapi kalau pasangan pun kerja dan gaji tak lebih RM8300 sebulan, dia jugak boleh daftar. Untuk Golongan 2 ni baru mula Tahun 2020. MANFAAT YANG DAPAT: MySalam ni skim takaful yang sedia dua manf
Recent posts

Bantuan Prihatin Nasional Cara Mohon Dan Tarikh Pembayaran

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan buat semua rakyat Malaysia pada perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ( PRIHATIN ) pada 27 Mac 2020. Sejumlah RM250 billion telah diperuntukkan melibatkan bantuan termasuklah kepada rakyat dan perniagaan disamping pakej untuk memperkukuh ekonomi negara serta membendung penularan wabak COVID-19. Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua dan tiada golongan yang akan tercicir Apa yang menariknya, kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Dan buat kali pertamanya ia akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40 Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah. Permohonan Bantuan Prihatin Nasi

Ujian Saringan Jangkitan Coronavirus (COVID-19) Online

Adakah anda berisiko dijangkiti wabak Novel Coronavirus atau COVID-19? Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama portal DoctorOnCall telah menyediakan satu halaman khas bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat ujian saringan penyakit tersebut. Melalui ujian ringkas tersebut, anda boleh tahu sama ada anda berisiko dijangkiti COVID-19 atau tidak. Mengikut statistik terkini (16 Mac 2020) terdapat 428 kes Coronavirus di Malaysia. 42 daripadanya pulih. Tiada kematian dicatatkan sehingga kini. (Malaysia) Untuk statistik terkini seluruh dunia, anda boleh rujuk  di sini . UJIAN SARINGAN ONLINE Sekiranya anda mempunyai simptom di bawah, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan pengesahan. Demam  – Gejala ini tidak khusus hanya untuk 2019 Coronavirus Novel seperti yang anda ketahui. Demam boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan seperti jangkitan kuman, sakit, kanser dan banyak lagi. Demam boleh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkit