Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

[KOREA] : TIPS KE SEOUL KOREA

TARGET BAJET 1 .  Perkara pertama yang korang perlu buat dalam menentukan kemana destinasi yang nak dituju adalah bajet. Bajet sangat penting untuk korang buat anggaran kasar sebelum travel kemana-mana. Tak kiralah bajet yang rendah atau tinggi hatta dalam Malaysia sekalipun supaya korang dapat menguruskan segala persediaan sebelum travel. Bajet perlulah melingkupi tiket flight pergi balik, penginapan, belanja di tempat travel dan sebagainya.  2 .   Untuk trip Yatt ke Korea ni, anggaran kasar yang Yatt letak target bajet RM4000- RM5000. RM1200 untuk tiket flight pergi balik KL-Incheon-KL, RM1599 ground package . Ground package tu semua dah include Airport Transfer, Hotel 5 Hari 4 Malam, Breakfast di Hotel dan tiket lawatan Nami Island, Namsan Tower dan juga T-Money. Lebihan bajet tu pulak Yatt bawa sebagai belanja makan dan shopping sahaja, RM2000 juga untuk duit shopping dan makan tapi Alhamdulillah tak guna semua, ada juga lebihan dibawa balik Malaysia J 3