Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

PERCUTIAN KE SINGAPORE- JANUARI 2019

Assalamualaikum ❤ Yatt dan adik-adik berkesempatan melawat Singapore pada awal tahun 2019. Percutian kami hanya mengambil satu hari sahaja di Singapore. Jadi, sebagai kenangan dan sedikit pengalaman kesana, Yatt nak berkongsi di dalam blog. Manatau ada yang nak join Daytrip Singapore seperti kami. Bermula pada hari Jumaat pagi, kami bergerak ke KL Sentral dengan menaiki ETS. Kami sepatutnya perlu tiba pada waktu malam di KL Sentral tetapi kami cadang nak jalan-jalan sekitar sana dulu sementara bas trip ke Singapore sampai, jadi kami memilih masa tersebut iaitu lebih kurang jam 9 pagi dan sampai KL Sentral dalam jam 11 pagi. Sebelum jalan-jalan sekitar NU Sentral dan KL Sentral, kami bertiga membuat keputusan untuk check in hotel area KL Sentral sebab masa yang lama untuk menunggu bas. Sekurang-kurangnya dapat tinggalkan barang-barang yang agak berat di hotel dan dapat bersolat juga bersiap-siap sebelum trip ke Singapore pada jam 9 malam. KEDAI MAMA