Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

PLANE IN THE CITY AND SKYLAND BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR MENJANJIKAN PENGALAMAN HEBAT MAKAN DI DALAM PESAWAT DAN DI ATAS AWAN

Pernah kan kita makan di dalam kapal terbang sebelum sampai ke destinasi? Yatt percaya ramai yang tidak puas makan semasa dalam penerbangan kerana tempat yang sempit dan menu yang disediakan kadang-kadang tidak seperti digambarkan pada menu yang ditempah dan menjadikan pengalaman makan di atas awan tidak begitu seronok. Korang nak tak menikmati hidangan segar dari dapur chef terkemuka dan pada masa sama berpeluang melihat ruang kokpit secara langsung? Syarikat TwoSpicy Entertainment telah memberikan peluang kepada syarikat perlancongan Bahtera Kembara Holidays dan beberapa syarikat pelacongan lain untuk mencuba dua pengalaman serentak. PLANE IN THE CITY DAN DINNER IN THE SKY. Yatt yang diberikan peluang oleh CEO Bahtera Kembara Holidays juga telah merasai sendiri pengalaman tersebut. Plane In The City Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur memberikan pengalaman yang menarik dan berbeza semasa menjamu selera. Yalah, makan dalam kokpit korang, mana tak